Skip to main content

Selebriti

Profesor Ditemui Meninggal Dunia Selepas Letak Jawatan, Kajian Didakwa Plagiat

Profesor Ditemui Meninggal Dunia Selepas Letak Jawatan, Kajian Didakwa Plagiat

Sekilas

  • Profesor Jason Arday dari Universiti Cambridge meninggal dunia pada usia 41 tahun selepas berdepan kontroversi plagiarisme dan tekanan hebat.
  • Arday dikenali sebagai profesor kulit hitam termuda di Cambridge dan figura akademik berpengaruh di Britain sebelum namanya dipertikaikan kredibilitinya.
  • Keluarga dan tokoh masyarakat menyeru agar media menghormati privasi mereka dan menilai semula cara masyarakat melayan individu yang menjadi sasaran kontroversi.
Advertisement

Seorang profesor dari Universiti Cambridge, Jason Arday ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya sebelum diumumkan meninggal dunia pada hari sama di London.

Arday yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 41 tahun diketahui sedang berhadapan kontroversi plagiarisme dan baru meletakkan jawatan kerana dakwaan tersebut.

Advertisement

Arday, sebelum ini mencipta sejarah sebagai profesor kulit hitam termuda di Cambridge dan dikenali sebagai antara figura akademik yang cukup berpengaruh di Britain.

Namun, sejak beberapa minggu lalu, namanya menjadi perhatian selepas timbul pelbagai persoalan mengenai pencapaian akademik dan kerja amal yang pernah dilakukannya.

Kontroversi itu kemudian menjadi semakin besar apabila pelbagai laporan media mula mempertikaikan kredibiliti serta latar belakang Arday.

Dalam tempoh singkat, beliau berdepan kritikan hebat dan liputan media secara besar-besaran, lapor CNN.

Selepas berita kematiannya tersebar, keluarga Arday tampil mendedahkan bahawa beliau sebenarnya sudah lama berdepan tekanan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan penerbitnya, Simon & Schuster UK, keluarga menyifatkan Arday sebagai seorang lelaki yang “lembut dan baik hati”.

Mereka mendakwa Arday telah menjadi mangsa “kempen penganiayaan berterusan” selama lebih tiga tahun sejak beliau menerima jawatan di Cambridge. Menurut keluarga, tekanan dan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya akhirnya menjadi terlalu berat untuk ditanggung.

“Kami terkejut kehilangan seorang bapa, pasangan, abang, bapa saudara dan anak yang begitu luar biasa,” kata keluarga Arday.

Mereka turut meminta pihak media menghormati privasi keluarga dan menghentikan gangguan yang didakwa sudah berlarutan sekian lama.

Antara pendedahan paling menyayat hati datang daripada ahli psikologi klinikal Cambridge, Sir Simon Baron-Cohen. Beliau mendakwa keadaan Arday semakin teruk selepas kontroversi tersebut tercetus.

Menurut Baron-Cohen, Arday terpaksa berdepan kritikan, ejekan dan dakwaan yang tidak berkesudahan. Malah, beliau mendakwa menerima pesanan suara terakhir daripada Arday pada pagi Jumaat, beberapa ketika sebelum kematiannya.

“Dia sudah tidak mampu meneruskan lagi,” kata Baron-Cohen ketika ditemu bual BBC Radio 4.

Beliau turut menggambarkan Arday sebagai seorang yang baik, penyayang dan pemurah, tetapi mendakwa imejnya dalam media telah berubah menjadi seorang yang digambarkan sebagai “plagiaris, penipu dan penipu besar”.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan, turut bersuara mengenai pemergian Arday.

Menurutnya, Arday telah menjadi mangsa “public shaming” atau penghinaan secara terbuka yang keterlaluan.

“Saya sangat sedih untuk keluarga dan rakan-rakan Jason Arday. Dia berdepan serangan awam dan kempen penganiayaan yang tidak boleh diterima,” katanya.

Khan juga percaya kematian Arday sepatutnya menjadi satu “wake-up call” kepada masyarakat untuk melihat semula bagaimana seseorang individu dilayan apabila menjadi sasaran kontroversi.

Kini, pemergian Arday bukan sekadar meninggalkan persoalan mengenai kontroversi akademik yang melandanya.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement