Skip to main content

Selebriti

Projek Air Balang THR Gegar Cipta Fenomena Ramadan, Erat Hubungan Penyampai & Pendengar Pantai Timur

AstroGempak projek air balang THR

Sekilas

  • Projek Air Balang THR Gegar sempena Ramadan mendapat sambutan luar biasa di Kuala Terengganu dan Kota Bharu dengan balang air habis diagihkan dalam masa kurang 20 minit.
  • Program ini mengukuhkan hubungan erat antara penyampai THR Gegar dan komuniti setempat, menjadikan stesen radio ini sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat Pantai Timur.
  • THR Gegar berhasrat menjadikan Projek Air Balang acara tahunan sebagai tanda penghargaan kepada pendengar dan untuk terus dekat di hati komuniti.

Projek Air Balang THR Gegar yang dianjurkan sempena kedatangan bulan Ramadan telah mencetuskan fenomena tersendiri dan menerima sambutan luar biasa di dua lokasi utama Pantai Timur. 

Inisiatif turun padang ini merupakan salah satu usaha berterusan THR Gegar untuk mendekati pendengar, menyantuni komuniti setempat, serta mengukuhkan hubungan antara penyampai dan para peminat yang selama ini setia bersama stesen radio nombor satu Pantai Timur itu. 

Kehadiran barisan penyampai lTHR Gegar sejak hari pertama program bermula menceriakan suasana bazar, sekaligus membuktikan keakraban antara stesen radio ini dan masyarakat yang disokongnya.

Projek yang berlangsung pada 6 Mac lalu di Bazar Ramadan Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu menyaksikan pengunjung membanjiri kawasan edaran Air Balang.

Malah dalam masa 20 minit sahaja, keempat-empat balang air habis diagihkan kepada pengunjung yang hadir. 

Suasana ceria dan mesra antara penyampai serta orang ramai jelas menunjukkan betapa kuatnya hubungan THR Gegar dengan komuniti Terengganu.

Keesokan harinya pula, Projek Air Balang diteruskan di Dataran Masjid Jamek Muhammadi di Kota Bharu bermula jam 6.45 petang. 

Sambutan lebih hebat apabila enam balang air yang dibawa oleh penyampai THR Gegar habis diagihkan dalam tempoh 15 minit sahaja. 

Kehadiran pendengar yang menanti sejak awal membuktikan bahawa THR Gegar bukan hanya sekadar stesen radio, tetapi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat Kelantan yang menghargai hubungan erat bersama penyampai mereka.

Melihat sambutan yang luar biasa ini, THR Gegar berhasrat untuk meneruskan program turun padang seperti Projek Air Balang pada masa akan datang. 

Ia bukan sekadar edaran minuman, tetapi satu aktiviti komuniti yang berjaya menghubungkan penyampai, pendengar dan masyarakat dalam suasana harmoni serta penuh kemeriahan Ramadan.

Menurut Pengurus Jenama THR Gegar, Eman Zaki, penghargaan yang amat besar kepada para pendengar atas sokongan yang diberikan. 

“Projek Air Balang THR Gegar kali ini benar-benar membuktikan bahawa hubungan antara kami dan pendengar bukan sekadar melalui radio. 

“Bila melihat bagaimana masyarakat datang berkumpul, tersenyum, bertegur sapa dan mengambil masa untuk berinteraksi dengan penyampai kami, ia sangat menyentuh hati. 

“Sambutan yang begitu pantas balang habis dalam sekelip mata menunjukkan kehangatan kasih sayang yang pendengar curahkan kepada THR Gegar.

“Ramadan adalah bulan untuk kita memperkukuh hubungan sesama manusia, dan inilah semangat yang ingin kami bawa melalui Projek Air Balang. 

“Kami bukan hanya ingin memberi minuman, tetapi memberi pengalaman, memberi kegembiraan, dan mencipta kenangan bersama komuniti. 

“Insya-Allah, melihat kejayaan dan sambutan yang begitu menggalakkan, kami akan menjadikan program seperti ini sebagai acara tahunan agar THR Gegar terus dekat di hati pendengar. 

“Ini adalah tanda terima kasih kami kepada semua yang sentiasa bersama kami sepanjang tahun,” jelasnya.

THR GEGAR ialah sebahagian daripada 13 rangkaian di bawah Astro Audio. 

Sebagai stesen radio berbahasa Melayu, THR GEGAR menampilkan lagu-lagu pilihan dari Pantai Timur, menjadikannya stesen radio nombor 1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Dengan lebih 1.2 juta pengikut di media sosial, THR GEGAR terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama muzik terkenal Permata Pantai Timur. 

Selain mendengar melalui frekuensi radio, orang ramai boleh mengikuti THR GEGAR di platform media sosial rasmi atau memuat turun aplikasi THR GEGAR melalui App Store, Play Store dan Huawei AppGallery. THR GEGAR- Permata Pantai Timur.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Must-Watch Video

Advertisement