Skip to main content

Selebriti

Prosiding Komital Ditangguh Pada Ogos Depan, Dr Fie Didakwa Langgar Tiga Perintah Mahkamah - “Jika Ada Permohonan Maaf, Anak Guam Sedia…”

Nubhan prosiding komital tangguh

Sekilas

  • Prosiding komital terhadap Dr Afifah Hidayah berhubung pelanggaran perintah mahkamah oleh Nubhan akan diteruskan pada 10 Ogos depan.
  • Peguam Nubhan menjelaskan tindakan ini bukan dendam dan kes boleh ditarik balik jika permohonan maaf dibuat secara ikhlas.
  • Nubhan dan Dr Afifah telah sah bercerai dan dikurniakan tiga anak sepanjang perkahwinan mereka sejak 2015.

Prosiding komital melibatkan pelanggaran perintah mahkamah yang difailkan penyanyi, Nubhan terhadap bekas isterinya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek akan diteruskan pada 10 Ogos depan.

Menurut Mohd Redzuan Ramli selalu peguam syarie yang mewakili Nubhan, tarikh tersebut ditetapkan mahkamah bagi membolehkan Dr Fie selaku defendan untuk memfailkan afidavit pembelaan berhubung dakwaan tersebut.

“Hari ini merupakan prosiding kali pertama yang mana prosiding pelanggaran perintah yang difailkan oleh Encik Nubhan terhadap Dr. Fie.

“Yang mana pelanggaran tersebut merupakan perintah yang sebelum ini dipersetujui dan terma perintah tersebut, terma yang sendiri dicadangkan oleh pihak Dr. Fie.

“Walau bagaimanapun, perintah itu kita tak dapat dedahkan sebab ia akan jadi prejudislah. Tapi ada pelanggaran, tiga pelanggaran yang berlaku terhadap perintah tersebut,” katanya kepada Gempak.

Redzuan berkongsi perkara tersebut usai prosiding tersebut di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Selasa.

Dalam pada itu, Redzuan menegaskan bahawa tindakan yang dibuat anak guamnya bukanlah bersifat dendam.

Tambahnya, bekas bintang Akademi Fantasia itu bersedia menarik semula kes jika pihak defendan membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Tindakan ini bukan atas kapasiti balas dendam. Kami sebenarnya mengambil masa yang cukup lama untuk mempertimbangkan sama ada perlu memfailkan tindakan ini atau tidak.

"Namun, saya difahamkan oleh Nubhan, sekiranya ada permohonan maaf yang dibuat secara suci hati dan ikhlas daripada pihak sana, beliau sedia mempertimbangkan untuk menarik balik kes ini," katanya lagi.

Terdahulu, Nubhan hadir ke perkarangan mahkamah berhubung prosiding komital mengenai pelanggaran mahkamah yang difailkan terhadap Dr. Fie.

Walau bagaimanapun, perincian lanjut mengenai bentuk pelanggaran perintah mahkamah itu belum didedahkan.

Sebelumnya, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Anda mungkin berminat dengan

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

ZOE ARISAH Printed Bawal 45

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Nelia Plain Soft Cotton Rayon Shawl Modal Cotton Hijab Headscarf Pashmina Shawl Muslim Women Tudung

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Must-Watch Video

Advertisement