Skip to main content

Viral

Prosiding Pengesahan Lafaz Cerai Nubhan, Dr Fie Tanya Peminat Nak Pakai Baju Warna Apa? - "Nak Nampak Helok Wakk"

fie

Sekilas

  • Dr. Afifah Hidayah, isteri penyanyi Nubhan, bertanya di Threads tentang warna baju yang sesuai dipakai untuk prosiding mahkamah pengesahan lafaz cerai mereka.
  • Warganet dan pereka fesyen Hatta Dolmat memberi pelbagai cadangan warna lembut seperti soft pink, purple lilac, dan pastel blue yang dianggap sesuai untuk menonjolkan aura tenang dan manis Dr. Afifah.
  • Kes pengesahan lafaz cerai antara Nubhan dan Dr. Afifah akan disebut pada 2 Disember di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Siapa sangka satu soalan ringkas daripada isteri penyanyi popular Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek di Threads mencetuskan sesi interaksi meriah sehingga dipenuhi ratusan komen bersama pengikutnya.

Dalam hantaran tersebut, Dr Fie bertanya kepada pengikutnya warna baju apa yang sesuai dipakai esok, ketika prosiding mahkamah sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi, Nubhan ke atasnya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang kerana mahu tampil cantik dan kemas.

“Esok nak pakai baju warna apa eh? Korang rasa saya sesuai pakai baju warna apa? Sebab esok nak nampak helok wakk,” tulisnya.

Seperti biasa, warganet tidak pernah mengecewakan. Ruang komen bertukar menjadi ‘ruang stylist segera’ apabila ramai tampil memberi cadangan warna lengkap dengan alasan mengapa ia sesuai dengan personaliti dan tona kulit Dr Fie.

Antara warna paling popular ialah soft pink, purple lilac, pastel blue, light blue, dan Tiffany green. Ramai berpendapat warna lembut lebih menyerlahkan aura manis dan tenang Dr Fie.

“Soft pink & purple,” cadang seorang pengguna.

“Purple lilac, nampak lembut dan anggun,” tulis yang lain.

“Ada vibe kejayaan, cari warna-warna soft yang tenang,” komen seorang lagi.

Tidak kurang juga yang memberi cadangan unik seperti hijau daun pisang, soft nude brown, dan purple cadbury kerana merasakan ia menjadi kontra menarik pada penampilan Dr Fie.

Menariknya, pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat turut meninggalkan komen sambil mencadangkan warna lembut agar tampak tenang di mata yang memandang.

“Pakai warna lembut, warna tenang, bila orang tengok tenang mata memandang. Gituhhh,” tulisnya.

Ruang komen semakin meriah apabila ada yang menegaskan Dr Fie sebenarnya cantik dengan apa sahaja warna kerana wajahnya sudah sedia manis.

“Doc kulit putih bersih, pakai warna apa pun cantik,” tulis seorang pengikut.

Rumahtangga Nubhan dan bekas isteri Dr Afifah selama 10 tahun dilaporkan bergolak dan Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafaz talak.

Selain itu, tarikh 2 Disember depan ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi, Nubhan ke atas Dr Afifah.

Must-Watch Video

Advertisement