Sekilas
- Pendakwah bebas PU Amin berkongsi teori menarik mengenai watak dalam filem Astro Shaw, KUDRAT 1968: High Council, menerusi Threads.
- PU Amin percaya watak Pa dan Piji adalah adik-beradik dan mengaitkan jalan cerita dengan sistem hierarki rahsia dalam dunia High Council.
- Filem prekuel ini akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Oktober, menampilkan pelakon seperti Mierul Aiman dan Zarif Ghazzi.
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin menyorot perhatian apabila seakan memberi bayangan bahawa dia turut menjadi peminat tegar bagi siri original Astro Shaw, KUDRAT 1968: High Council.
Menerusi perkongsian di Threads, PU Amin dilihat turut berkongsi teori dirinya sendiri mengenai jalan cerita filem KUDRAT 1968: High Council.
Antara teori yang diketengahkan PU Amin adalah mengenai watak Pa dan Piji yang dirasakan adik-beradik dalam naskhah berkenaan.
“Rupanya Pa dengan Piji adik beradik. Ayah Nal pula beriya minta sign dokumen sebab dia pun ada bahagian dalam hibah tu.
Lepas Kuda taubat, Abu Yamin ambil posisi kapla, sebab duit collect dia masih banyak untuk beli kerusi orang atas. Teori ni difikirkan logik ketika dalam toilet tadi,” tulisnya.
Sekadar info, KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.
Naskah terbitan Astro Shaw, arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraff itu dibintangi oleh Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.
KUDRAT 1968: High council bakal menemui peminat di pawagam berdekatan bermula 29 Oktober depan.
Sumber: Threads