Skip to main content

Selebriti

PU Rahmat Jelaskan Salah Faham, Hanya Bergurau Tentang Telefon - “Saya Melawak Tapi Jika Dianggap Sebagai…”

PU Rahmat Jelaskan Salah Faham, Hanya Bergurau Tentang Telefon

Sekilas

  • Pendakwah bebas Rahmat Ikhsan menjelaskan gurauannya tentang penggunaan telefon iPhone bukan bertujuan provokasi, sebaliknya hanya lawak semata-mata.
  • Rahmat memohon pengertian orang ramai kerana kadang-kadang sensitiviti berlebihan menyebabkan salah faham terhadap kenyataannya.
  • Isu penggunaan iPhone menjadi tular selepas video aktivis Global Sumud Flotilla, Hazwani, di ABP37 mencetuskan persoalan netizen mengenai kaitan dana dengan Israel.

Pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, Rahmat Ikhsan memberikan penjelasan berikutan salah faham  orang ramai terhadap gurauannya tentang telefon pintar jenama terkenal iaitu iPhone.

Menerusi perkongsian di Threads, Rahmat membalas komen seorang individu mendakwa dirinya melakukan cubaan provokasi berkenaan iPhone yang menjadi perbualan hangat baru-baru ini.

Menurut Rahmat, kenyataannya iaitu “Guys jangan lupa kecam PU Rahmat peserta Sumud tuu… Dia pakai iphone. Kita desak dia pakai Public phone,” hanyalah gurauan semata-mata.

“Saya melawak tapi jika dianggap sebagai provoke maka itu satu hal saya mohon pengertian. 

“Terkadang saya sendiri dan kita semua terlampau sensitif,” tulisnya.

Terdahulu, gurauan mengenai iPhone menjadi semakin tular selepas aksi Hazwani merakam video ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Ke-37 (ABP37)  mencuri perhatian ramai.

Netizen kemudiannya mempersoalkan penggunaan telefon pintar iPhone oleh aktivis Global Sumud Flotilla itu yang didakwa mempunyai kaitan dengan sumbangan dana kepada pihak Israel. 

Must-Watch Video

Advertisement