Skip to main content

Hiburan

Puji Ibu Sentiasa Prihatin Terhadap Orang, Anak Kenang Pengorbanan Didie Alias Saat Arwah Bapa Meninggal - “Dia La Yang Uruskan…”

Didie Alias

Anak kepada pelakon, Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan menyorot perhatian netizen selepas berkongsi keperibadian ibunya di sosial media.

Menerusi hantaran di platform Threads, Dhaniyah berkongsi ibunya merupakan seorang insan yang tidak pernah berkira dan akan tetap datang menziarahi walau siapa pun individu tersebut, sama ada kenalan rapat, saudara-mara mahupun bukan ahli keluarga.

“Salah satu perkara yang kita orang anak-anak respect dekat Mamy ni, sesiapa pun yang sakit tak kisah kenalan rapat ke, saudara ke, bukan saudara ke, mana yang dia boleh sampai memang dia akan datang," tulisnya.

Lebih menyentuh perasaan, Dhaniyah turut berkongsi detik sukar ketika arwah bapanya meninggal dunia.

Dalam keadaan anak-anak yang masih terkejut dan hilang arah, Didie tampil mengambil tanggungjawab penuh menguruskan segala hal berkaitan jenazah bekas suaminya itu.

“Masa arwah ayah meninggal pun Mamy yang uruskan A to Z. Kita orang anak-anak lost dah masa tu, memang total lost. Dia lah yang menguruskan jenazah ayah padahal ex-husband dia ni… tak boleh lupa jasa Mamy bahagian ni," ujarnya.

Di akhir perkongsian, Dhaniyah menitipkan doa agar segala kebaikan yang dilakukan ibunya dibalas dengan ganjaran yang setimpal.

“Semoga ada jugak bahagian untuk Mamy bila tiba masanya nanti," tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa kepada pelakon yang popular dengan drama Seribu Tahun itu.

 

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Must-Watch Video

Advertisement