Skip to main content

Hiburan

Pujuk Fattah Amin Pergi Kerja, Amira Othman Tak Dapat Travel Sebab...

Amira Othman

Penyanyi dan juga isteri kepada pelakon Fattah Amin, Amira Othman, memaklumkan bahawa dia tidak dapat mengikuti suaminya terbang ke Korea atas faktor kesihatan yang belum mengizinkan.

Perkara itu dikongsikan Amira menerusi satu hantaran di media sosialnya.

Menurut Amira, dia sendiri yang memujuk Fattah untuk tetap berangkat ke Korea kerana tidak mahu menggagalkan perancangan kerja yang sudah dibuat pasukan Rissa.

“Saya pujuk dia suruh fly juga sebab kesian dekat team Rissa yang dah siap prepare semuanya.

"Terima kasih teman saya tidur hospital semalam. Hati-hati dan have fun in Korea. Saya tak lepas nak terbang,” tulisnya.

Amira turut menjelaskan bahawa keadaan kesihatannya masih memerlukan pemantauan, malah tiga doktor pakar yang ditemuinya memberi nasihat dia tidak boleh menaiki pesawat dalam masa terdekat.

“Tiga doktor pakar saya jumpa semua cakap saya tak boleh fly lagi buat masa ini sebab cuaca sana sejukkan,” tambahnya.



Terdahulu, Fattah Amin berkongsi isterinya, Amira Othman kini sedang dirawat di Hospital. 

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, pelakon Pendekar Awang itu memuat naik gambar katil hospital dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan Amira.

Ketika dihubungi Gempak, pengurus Fattah Amin iaitu Acha, memaklumkan Amira dimasukkan ke wad kerana demam namun tidak dikongsikan keadaan sebenar pelantun lagu Hati-Hati.

Must-Watch Video

Advertisement