Skip to main content

Hiburan

“Pujuk Tak Menjamin Apa-Apa Untuk Orang Yang Dah Berkali-Kali Sakit” - Isteri Haqiem Stopa

Jane Haqiem Stopa

Sekilas

  • Isteri Haqiem Stopa, Aireena Sofea, memberi bayangan untuk meneruskan perceraian demi masa depan dirinya dan anak mereka.
  • Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat mengarahkan kedua-dua pihak melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai selepas Haqiem tidak bersetuju dengan tuntutan cerai Aireena.
  • Aireena mendakwa Haqiem berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka yang bermula Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan.

Isteri kepada pempengaruh, Haqiem Stopa iaitu Aireena Sofea seakan memberi bayangan bahawa dirinya nekad untuk meneruskan perceraian dengan suami.

Menerusi ciapan di Threads, Aireena yang mesra disapa Jane memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat demi masa depan dirinya dan anak.

“Pujuk tak menjaminkan apa-apa untuk orang yang dah berkali kali sakit.

“Tak kesian kat anak? Ya kesian tapi sebab fikir anak dan fikir diri sendiri la aku macam ni,” kongsinya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat memutuskan Aireena dan Haqiem untuk melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Kedua-dua pihak diarahkan melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan hadir pada 13 Januari ini. 

Keputusan itu dibuat selepas Haqiem atau nama lengkapnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar tidak bersetuju untuk dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 6 November lalu.

Sebelum ini, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, Haqiem enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Sekadar info, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement