Skip to main content

Hiburan

Putera Mateen & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sebagai Tanda Syukur

Putera Mateen

Sekilas

  • Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen dan isteri baginda, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, selamat menimang cahaya mata sulung iaitu seorang puteri pada 8 Februari 2026.
  • Sebagai tanda syukur, 17 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman bagi meraikan kelahiran cucunda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
  • Pasangan diraja ini telah diijab kabulkan pada 11 Januari 2024 dan Putera Mateen pernah berkongsi berita kehamilan anakanda sulung mereka pada Oktober lalu.
Advertisement

Putera Mateen & Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sebagai Tanda Syukur

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen selamat menimang cahaya mata sulung selepas isteri baginda, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat melahirkan seorang puteri pada pukul 8.50 pagi Ahad.

Advertisement

Sebagai tanda syukur, kelahiran cucunda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu disambut dengan penuh istiadat apabila sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan.

“Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini memaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, dengan izin Allah SWT selamat meluaran seorang Puteri pada Ahad, 20 Syaaban 1447, bersamaan 8 Februari 2026.

“Dengan meluaran ini, sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman,” kenyataan dikeluarkan Media Permata.

Pada Oktober, Putera Mateen berkongsi mengenai kehamilan anakanda sulung baginda.

Untuk rekod, Putera Mateen dan Puteri Anisha selamat diijab kabulkan pada 11 Januari 2024 yang lalu.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement