Skip to main content

Hiburan

Putera Mateen Raih Perhatian, Kongsi Wajah Anak Buat Kali Pertama Untuk Tatapan Umum

Putera Mateen

Sekilas

  • Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen, berkongsi wajah anak sulungnya, Zahra Mariam Bolkiah, buat pertama kali di Instagram.
  • Puteri Anisha selamat melahirkan bayi mereka pada 8.50 pagi Ahad di Jerudong Park Medical Centre dengan sambutan istiadat termasuk 17 das tembakan meriam.
  • Pasangan diraja ini berkahwin pada 11 Januari 2024 dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan doa.

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen menyorot perhatian ramai apabila berkongsi wajah cahaya mata sulungnya buat kali pertama untuk tatapan umum.

Menerusi di Instagram, baginda dilihat memuat naik foto dirinya mendukung cahaya matanya yang diberi nama Zahra Mariam Bolkiah sambil ditemani isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam di sisi.

Baginda turut menzahirkan rasa syukur serta ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan kata semangat.

“Zahra Mariam Bolkiah (nama anakanda sulung baginda).

“Saya dan Anisha sangat bersyukur atas kelahiran ini dan berterima kasih kepada doktor perubatan di Jerudong Park Medical Centre (JPMC).

“Terima kasih juga kepada semua atas ucapan dan doa yang baik,” luah baginda.

Pada Ahad, Puteri Anisha selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada kira-kira jam 8.50 pagi.

Sebagai tanda syukur, kelahiran cucunda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu disambut dengan penuh istiadat apabila sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan.

Untuk rekod, Putera Mateen dan Puteri Anisha selamat diijab kabulkan pada 11 Januari 2024 yang lalu.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement