Pelakon Puteri Balqis, menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas yang mengaitkan dirinya serta keluarga dengan penyalahgunaan dadah.
Menerusi satu hantaran panjang di Instagram Story akaun miliknya @morosechild, Balqis meluahkan rasa marah dan kecewa apabila difitnah oleh seorang individu yang tidak dikenalinya.
Advertisement
“Hi ma’am. Team kami terima fitnah ni dari anda. Sebab setahu saya, keluarga saya tak ambil dadah. Semua dari family ni tak pernah sekalipun menggunakan dadah. Kami semua 100% normal waktu bekerja dan tidak bekerja. Jadi boleh anda sertakan dengan bukti kukuh?" tulisnya.
Menurut Balqis, dakwaan tersebut sangat keterlaluan dan tidak masuk akal, apatah lagi dia menegaskan bahawa keluarganya menjalani kehidupan normal tanpa sebarang pengaruh bahan terlarang.
“Tengok perangai kami pun tahu yang kami semua bukan penagih. Boleh cermin diri sendiri betapa murah, jijiknya attitude anda, caption anda? Semuanya fake," tambahnya.

Balqis itu menyindir individu terbabit yang didakwa menyebarkan fitnah kerana kecewa dalam hubungan peribadi, sehingga sanggup menyerang maruah keluarganya.
“Kejar jantan sangat sampai lupa harga diri? Bila hati dah sakit, tak dapat jantan yang anda mahu, fitnah pula ibu saya? Fitnah pula keluarga saya?
“Anda memfitnah keluarga kami dengan profil memakai tudung. Bila nak menyundal dengan laki orang, buka semua. Jangan malukan supporters saya, sahabat-sahabat kami yang memang bertudung tapi punya sifat yang baik.
“Anda juga ada ibu. Adakah ibu anda sundal seperti anda juga? Sebab tengok perangai anda pun dah tahu sundal. Jijik," ujarnya.