Skip to main content

Viral

Putri Dahlia Tenang Hadapi Kecaman Selepas Lepas Hijab - "Lebih Ramai Orang Mengata, Lebih Menambah Pahala Saya"

putri-dahlia

Penyanyi dan personaliti media sosial, Putri Dahlia, tampil memberi reaksi tenang selepas berdepan pelbagai kecaman susulan pendedahannya mengenai keputusan membuka tudung.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Putri menzahirkan rasa syukur apabila ujian berbentuk kata-kata negatif dianggap sebagai ganjaran pahala buat dirinya.

Advertisement

“Lebih ramai orang mengata, lebih menambah pahala saya, amin,” tulisnya ringkas.

Kenyataan itu seakan memberi isyarat bahawa Putri Dahlia memilih untuk tidak melayan kecaman berpanjangan, sebaliknya menjadikan ia sebagai sumber kekuatan diri.

Terdahulu, Putri yang juga anak perempuan kepada penyanyi popular Datuk Nora Ariffin mencuri perhatian ramai apabila tampil tanpa hijab buat pertama kalinya ketika menghadiri malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) di Genting Highlands pada Sabtu.

Keputusan lepas hijab itu dibuat selepas lebih 15 tahun berhijab dan mendapat restu keluarganya.

Dalam pada itu, Putri bakal menukarkan nama pentasnya kepada Dahlia.

Must-Watch Video

Advertisement