Skip to main content

Hiburan

Qadejah Dimasukkan Ke Hospital, Shahida Mohon Doa Orang Ramai - “Dia Mengadu Sakit Dada, Tak Boleh Bernafas…”

Astro Gempak 413

Sekilas

  • Datin Seri Shahida berkongsi kebimbangan apabila anak keduanya, Qadejah El Zahra, dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas.
  • Pemeriksaan di hospital mendapati paras platelet darah Qadejah sangat rendah walaupun sudah tiga kali diambil darah.
  • Shahida memohon doa orang ramai agar anaknya cepat sembuh dan dijauhkan daripada penyakit yang tidak diingini.

Usahawan dan penyanyi, Datin Seri Shahida meluahkan kebimbangan apabila anak keduanya, Qadejah El Zahra dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, Shahida berkata keadaan anaknya itu membuatkan dirinya tidak senang duduk sebagai seorang ibu.

 

@shahidadherbs2

Qadejah mengadu sakit dada malam tadi nak bernafas susah. Mama kalau anak sakit ni takde tangguh tangguh, hati jadi risau fikir bukan bukan. Sampai je Hospital doc check darah platelet darah dia rendah sangat. Ada kemungkinan. Dah 3 kali ambil darah platelet masih rendah. Risau mama dibuatnya. Minta doa semua ya agar Qadejah cepat sembut dan dijauhkan dari penyakit yang tak sepatutnya. Ni nak buat apa pun tak jadi. Hati mak ni kalau anak sakit lain rasa dia

♬ original sound - Nur Shahida Mohd Rashid

 “Qadejah mengadu sakit dada malam tadi, nak bernafas pun susah. Mama kalau anak sakit ni tak ada tangguh-tangguh, hati jadi risau fikir bukan-bukan,” katanya.

 

Menurutnya, sebaik tiba di hospital, pemeriksaan mendapati paras platelet darah Qadejah berada pada tahap rendah.

“Sampai saja hospital, doktor periksa darah, platelet dia sangat rendah. Dah tiga kali ambil darah pun masih rendah. Risau mama dibuatnya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Shahida turut memohon doa orang ramai agar kesihatan anaknya kembali pulih.

“Minta doa semua agar Qadejah cepat sembuh dan dijauhkan daripada penyakit yang tak sepatutnya.

“Ini nak buat apa pun tak jadi. Hati mak ni kalau anak sakit, lain rasa dia,” katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement