Skip to main content

Hiburan

Qadejah El Zahra Sedia Ambil Alih Empayar Aliff Syukri - “Saya Ada Banyak…”

Cess

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra akui bersedia untuk mengambil alih empayar perniagaan bapanya.

Menurut Qadejah, dia sendiri mempunyai beberapa rancangan untuk memperkembangkan lagi perniagaan keluarganya itu.

"Ya saya akan dan bersedia untuk teruskan legasi bisnes abah. Saya ada banyak perancangan bila sudah dewasa nanti. Abah pun ada cakap tak mahu orang lain, jadi kami adik-beradik pun sudah cukup. Memang kami akan bahagikan peranan masing-masing," katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-15, Qadejah turut berkongsi harapan agar perjalanan hidupnya terus berkembang dan dipermudahkan.

“Saya nak buka banyak laluan dalam hidup. Walaupun masih berusia 15 tahun, saya sudah ada perancangan untuk apa dilakukan kelak. Sepanjang 15 tahun menjadi anak abah dan mama, saya sangat suka dengan hidup saya.

“Kalau diminta buat pilihan sekali pun, saya akan tetap pilih jalan hidup sekarang,” ujarnya.

Sebelum ini, Qadejah sering dipuji kerana dilihat petah berbicara dan mempunyai potensi besar dalam membantu bisnes keluarganya.

Hasil perkahwinan dengan Aliff dengan Datin Seri Shahida, mereka dikurniakan Ammar Ahyan, 18, Qadejah, Ibraheem Adham, 13, Yusoff Al Qardawi, Raudhah Arshiyah, dan Luqman Al-Hakim.

Must-Watch Video

Advertisement