Skip to main content

Hiburan

Qadejah Mahu Gelang Harga Puluhan Ribu, Hanya Boleh Didapati Di Luar Negara - “Malaysia Tiada… Abah Saya Kaya”

Qess

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra meminta bapanya seutas gelang tangan sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-15. 

Menurut Qadejah, gelang tersebut hanya boleh didapati di sebauh butik berjenama mewah di luar negara dan bernilai RM25,000. 

"Saya ada minta hadiah gelang daripada abah, harganya sekitar RM25,000. Saya ada lihat dalam website atas talian baru-baru ini.

 

"Saya mula minat gelang itu sejak beberapa minggu lalu. Gelang itu kalau nak beli kena pergi luar negara, di Malaysia tiada. Abah saya kaya, kacak dan menawam. Harap dia belikan saya hadiah itu,” katanya kepada Gempak

 

Qadejah berkata demikian ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun kelahirannya bersama dua adiknya yang lain iaitu Ibraheem Adham dan Raudhah Ashiyah baru-baru ini.

 

Dalam pada itu, anak kedua daripada enam beradik itu turut meluahkan rasa syukur atas segala nikmat dan rezeki yang dinikmatinya selama ini.

 

"Sudah 15 tahun dan semakin meningkat remaja, kadang kala berada di situasi apa kita nak buat dengan usia yang masih muda. Belum juga terlalu tua untuk buat keputusan.

 

"Saya masih dalam fasa menemui diri sendiri, namun saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya. Saya gembira memilih abah dan mama yang terbaik serta adik-beradik yang begitu penyayang.

Must-Watch Video

Advertisement