Skip to main content

Hiburan

Qi Razali Anggap Kehadiran Anggun Sumayyah Satu Perjalanan Baharu Dalam Hidup - “Ini Kali Pertama Kami Ada Baby…”

ASTROGEMPAK qi razali
Advertisement

Pelakon Qi Razali berkongsi video dia memberi ucapan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan doa atas kelahiran cahaya mata pertamanya. 

 

Advertisement

Menerusi video tersebut, Qi memberitahu dia tidak dapat membalas setiap ucapan dan doa untuk anak perempuannya bernama Anggun Sumayyah. 

 

“Hai, Assalamualaikum. Saya nak ucapkan Selamat Puasa dan selamat menyambut bulan Ramadan. Seperti yang korang tahu, ya, saya dah ada baby girl sekarang. 

 

“Nama dia Anggun Sumayyah. Nak ucapkan terima kasih la kepada semua yang beri ucapan tahniah dan doa yang baik-baik. Mungkin tak dapat nak reply semua orang. Terima kasih,” kongsinya.

 

Pada perkongsian yang sama, pelakon filem Babah ini menganggap kehadiran Anggun merupakan satu perjalanan baharu buat dirinya dan isteri. 

 

“Nak cakap fasal ada baby girl ni, dia memang satu perjalanan yang barulah kan. Dia satu perjalanan yang tak pernah saya dan isteri lalui. 

 

“Ini kali pertama kami ada baby. Sudah tentu kita nak yang terbaik untuk anak,” katanya lagi. 

 

Dalam pada itu, Qi juga mendoakan agar anak perempuan kesayanganya itu membesar menjadi anak yang solehah dan membawa kebaikan kepada dunia. 

 

“Babah doa Anggun membesar jadi anak yang baik dan solehah dan membawa kebaikan kepada dunia ni. Babah doa awak selamat dunia dan akhirat. Aminnn,” tulisnya. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement