Sekilas
- Pelakon muda Qistina Raisah berkongsi kegembiraan memiliki rumah sendiri pada usia 18 tahun.
- Dia memuat naik video 'home tour' di Instagram yang menunjukkan ruang dalam rumah baharunya.
- Qistina berharap rumah itu menjadi tempat penuh kasih sayang, rezeki, dan memori indah untuk keluarganya.
Pelakon, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki rumah kediaman di kala umurnya yang baru berusia 18 tahun.
Menerusi perkongsian di Instagram, Qistina atau nama lengkapnya Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri dilihat memuat naik video dirinya yang melakukan ‘home tour’.
Dalam video berkenaan, Qistina menunjukkan beberapa ruang di rumah baharunya termasuk bahagian dalam kediaman yang kini bakal menjadi tempat dirinya dan sekeluarga.
“Alhamdulillah, officially dapat kunci rumah baru,” luahnya.
Dalam masa yang sama, Qistina berharap agar rumah baharunya itu akan menjadi kediaman yang lebih selesa buatnya dan keluarga.
“Semoga rumah ini jadi tempat yang penuh dengan kasih sayang, rezeki, ketenangan dan banyak lagi memori indah untuk kita sekeluarga,” tambahnya.
Sumber: Instagram