Skip to main content

Viral

Qiszar Mohon Maaf Isu ‘Body Shaming’, Live Host TikTok Terus Dibuang Kerja! - “Tingkah Laku Tak Mewakili Nilai Etika Syarikat”

Qiszar pecat live host

Sekilas

  • Jenama busana Qiszar memohon maaf secara terbuka selepas seorang live host TikTok mereka bertindak sinis ketika sesi siaran langsung.
  • Live host tersebut telah diberhentikan serta-merta kerana perilakunya tidak mencerminkan nilai dan etika syarikat.
  • Qiszar menegaskan komitmen mereka untuk menghormati wanita dari semua saiz dan akan terus memperbaiki diri agar insiden sama tidak berulang.

Jenama busana terkenal, Qiszar membuat permohonan maaf secara terbuka susulan satu isu tular membabitkan seorang ‘live host’ TikTok yang bekerja dengan mereka.

Menerusi kenyataan rasmi di platform Threads, Qiszar memaklumkan bahawa tindakan segera telah pun diambil sebaik sahaja insiden tersebut dimaklumkan kepada pihak pengurusan.

Jelas kenyataan itu lagi, live host berkenaan telah diberhentikan serta-merta kerana perilakunya tidak mencerminkan nilai dan etika syarikat.

“Kami memohon maaf atas apa yang berlaku ketika sesi siaran langsung. Kami telah menerima maklum balas anda dan tindakan segera telah diambil.

Live host terlibat telah dibuang kerja kerana tingkah lakunya tidak dapat diterima dan tidak mewakili nilai Qiszar.

“Apa yang berlaku jelas bertentangan dengan etika kami. Kami sudah bertahun-tahun menjalankan sesi livedengan penuh rasa hormat dan profesionalisme.

“Kejadian ini menjadi pengajaran untuk kami terus berkembang dan memperbaiki diri,” jelas jenama itu.

Menerusi hantaran yang sama, Qiszar juga menegaskan bahawa mereka menghormati wanita daripada pelbagai saiz dan latar belakang.

Malah Qiszar juga menghargai masyarakat yang membangkitkan isu tersebut dan memberi jaminan bahawa langkah penambahbaikan akan terus dilakukan agar insiden sama tidak berulang.

“Di Qiszar, kami amat menghormati, memberi kekuatan dan meraikan wanita daripada semua saiz. Kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku yang memperlekeh atau tidak menghormati sesiapa, sama ada disengajakan atau tidak.

“Kami benar-benar memohon maaf dan menghargai semua yang menegur serta memaklumkan hal ini kepada kami supaya kami dapat memperbaiki dan memastikan ia tidak terjadi lagi,” tegasnya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial melalui telah memuat naik video yang merakamkan rakaman sesi live tersebut.

Video itu menunjukkan situasi di mana seorang penonton bertanya tentang saiz pakaian untuk berat 90kg.

Bagaimanapun, live hos itu dilihat menjawab secara sinis dan sambil ketawa.

Must-Watch Video

Advertisement