Skip to main content

Selebriti

Que Haidar Perjelas Video Tular Fazura Panggil ‘Ayang’ Hanya Usikan - “Kami Memang Suka Bergurau…”

Que Haidar Perjelas Video Tular Fazura Panggil ‘Ayang’ Hanya Usikan - “Kami Memang Suka Bergurau…”

Sekilas

  • Que Haidar jelaskan panggilan ‘ayang’ oleh Fazura hanyalah gurauan antara mereka yang sudah lama berkawan.
  • Mereka pernah bekerjasama dalam beberapa filem dan kini bergandingan dalam kempen Jakel serta drama Pak Su Amara.
  • Que sifatkan Fazura sebagai kawan rapat yang penyayang, lucu, dan sentiasa mengambil berat terhadap orang sekeliling.
Advertisement

Pelakon, Que Haidar menjelaskan panggilan ‘ayang’ yang diberikan aktres, Nur Fazura kepada dirinya sehingga tular di media sosial baru-baru ini hanyalah sekadar gurauan antara mereka.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengki Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, dia dan Fazura sememangnya sudah lama berkawan dan gemar mengusik antara satu sama lain.

Advertisement

“Kami semua suka bergurau, saya suka gurau, dia suka gurau sejak dahulu lagi, daripada zaman muda-muda lagi.

“Cuma saya ini seorang yang pemalu, manakala dia pula agak berani. Jadi, sejak dahulu lagi dia memang suka mengusik saya. Itu yang saya ingatlah.

“Bukan mengusik dalam maksud mahu ‘tackle’ atau menggatal, bukan. Dia memang begitu, suka bergurau dan mengusik,” jelasnya.

Que berkata demikian ketika ditemui di majlis ‘Meet and Greet’ bersama barisan pelakon drama bersiri Unifi TV Original berjudul Nak Dengar Cerita Hantu 2 bertempat di The Bucolic Cafe, Setia Alam pada Rabu.

Advertisement

Mengulas mengenai keperibadian Fazura, Que menyifatkan pelakon cantik itu sebagai antara wanita yang paling rapat dengannya memandangkan mereka sudah lama menjalin persahabatan selain pernah bekerjasama dalam beberapa filem

“Betul, dia yang paling rapat dengan saya. Kami sudah lama bersahabat, pernah bekerja bersama dalam beberapa filem sebelum ini, berkawan, lepak sama-sama.

“Kemudian, apabila saya membuat kemunculan semula dan digandingkan dengannya menerusi kempen Jakel tahun ini, saya anggap ia sebagai satu peluang yang cukup menggembirakan.

“Dalam masa yang sama, saya juga terlibat dengan penggambaran drama Pak Su Amara.

“Saya bekerjasama dalam kempen Jakel bersama Faz dan sudah tentu saya teruja kerana dia merupakan kawan yang sudah lama saya kenali.

“Saya selesa bekerja dengannya dan sekarang dia menjadi kawan, sahabat, wanita yang rapat dengan saya.

“Dia mempunyai hati yang baik, sama sahaja, dan sikap itu tidak pernah berubah. Dia sebenarnya seorang yang penyayang (caring) dan sentiasa mengambil berat terhadap orang di sekelilingnya.

“Dia juga seorang yang lucu. Dengan saya dia kelakar, kalau dengan orang lain saya tak tahu, tapi saya nampak dia dengan orang lain pun kelakar juga,” ujarnya.

Terdahulu, tular rakaman video dari sesi siaran langsung di media sosial memaparkan kemesraan kedua-dua pelakon berkenaan sehingga mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri Nak Dengar Cerita Hantu 2 lakonan Que ditayangkan di saluran Degup Unifi TV yang bersiaran sejak 21 September lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Must Watch Video

Advertisement