Skip to main content

Hiburan

Rabbani Muncul Di GenKRU The Finale, Norman Abdul Halim Dedah Maksud Lagu ‘Intifada’ - “Berjuang Bukan Cara Kekerasan Atau…”

Rabbani

Sekilas

  • Kumpulan nasyid Rabbani membuat kemunculan mengejut di konsert GenKRU Finale di Stadium Hoki Bukit Jalil baru-baru ini.
  • Datuk Norman Abdul Halim dari KRU menjelaskan lagu Intifada yang mereka nyanyikan bersama mengisahkan perjuangan tanpa kekerasan menggunakan minda dan kata-kata.
  • Norman mengucapkan terima kasih kepada Rabbani kerana menerima pelawaan untuk menjayakan konsert tersebut, menjadikan momen itu sangat bermakna.

Kemunculan kumpulan nasyid Rabbani di konsert GenKRU Finale di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu sememangnya memberi kejutan buat peminat yang hadir. 

 

Menerusi perkongsian ahli kumpulan KRU iaitu Datuk Norman Abdul Halim berkata lagu Intifada yang mereka menyanyi bersama itu mengisahkan tentang perjuangan tanpa perlu kekerasan. 

 

“Ramai terkejut bila Rabbani muncul bersama kami di GenKRU Finale. Lagu ini adalah lagu perjuangan yang ditulis pada tahun 2000 (25 tahun lalu).

 

“Berjuang bukan cara kekerasan atau angkat senjata... kita gunakan minda, kata-kata dan kuasa membeli kita,” kongsinya. 

 

Dalam perkongsian yang sama, Norman mengucapkan terima kasih kepada Rabbani yang sudi menerima pelawaan mereka untuk menjayakan konsert GenKRU The Finale. 

 

“Terima kasih Rabbani kerana sudi menerima pelawaan kami untuk menjayakan GenKRU The Finale. Antara momen yang happening dan tak boleh dilupakan,” katanya lagi. 

 

Must-Watch Video

Advertisement