Sekilas
- Pasangan selebriti Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina, menyumbang bantuan bernilai RM3.6 juta kepada mangsa banjir di beberapa daerah di Sumatera.
- Bantuan disampaikan melalui wakil RANS dan Utusan Khusus Presiden untuk membantu mangsa di Sumatra Barat, Sumatra Utara, dan Aceh.
- Menurut laporan BNPB, jumlah korban banjir dan tanah runtuh di Sumatera kini meningkat kepada 908 orang, dengan 410 masih hilang.
Pasangan selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina menjalankn tanggungjawab sosial mereka apabila menghulurkan bantuan bernilai RM3.6 juta kepada mangsa banjir di Sumatera.
Bantuan tersebut disampaikan menerusi wakil daripada tim RANS dan Utusan Khusus Presiden Bidang Pembinaan Generasi Muda dan Pekerja Seni, lapor Kompas.
Menurut pengurus Raffi, Prio, bantuan yang diberi pasngan suami isteri itu dipecahkan pemberiannya kepada beberapa daerah termasuk Sumatra Barat, Sumatra Utara dan sebahagian lagi buat mangsa bencana di Aceh.
“Bantuan peribadi ini diberikan Raffi dan Nagita sebagai tanda prihatin dan ingatakan buat mangsa yang berdepan musibah dan masa sulit mereka,” ujar Prio.
Selain Raffi dan Nagita, ramai selebriti tempatan yang juga menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Mereka termasuklah Ariel Noah dan Ria Ricis.
Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia (BNPB) pada 6 Disember melaporkan angka korban akibat banjir dan tanah runtuh di pulau Sumatera kini meningkat kepada 908 orang, manakala 410 lagi masih hilang.