Skip to main content

Hiburan

Rahsia Melamar Disimpan Rapi! Syed Saddiq Pilih Gunung Kinabalu Untuk Momen Paling Peribadi Dalam Hidup - "Saya Tak Beritahu Ramai Orang..."

Astrogempak Bella Astillah (1)

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui lamaran yang dibuat untuk tunangnya yang juga penyanyi, Bella Astillah di puncak Gunung Kinabalu adalah satu momen yang cukup peribadi dan istimewa baginya. 

Meskipun perancangan lamaran itu tidaklah begitu rumit namun menurut Syed Saddiq untuk sampai ke puncak itu adalah cabaran utama untuk mereka. 

"Ia taklah rumit, yang rumitnya sampai ke Gunung Kinabalu lah kat atas tu. Tapi saya yakin kerana kita berdua dah berjaya menawan Gunung Kinabalu pada tahun sebelumnya," katanya kepada Gempak. 

Apa yang menarik, momen lamaran tersebut dirahsiakan sepenuhnya tanpa pengetahuan ramai, termasuk kru yang berada di lokasi.

Menurut Syed Saddiq, hanya seorang pegawainya sahaja yang dimaklumkan bagi tujuan merakam detik tersebut, sebelum video itu dipindahkan dan dipadam bagi memastikan privasi terjaga.

“Saya tak beritahu ramai orang. Sejujurnya bila di atas, Bella memang tak tahu lagi. Krew kat atas semua tak tahu sebab saya nak pastikan video tu disimpan hanya untuk kita. 

“Saya tarik Bella sebentar ke tepi, maklumkan niat saya, dia rekod terus transfer kat saya dan delete. So hanya ada di telefon saya, because I wanted it to be a very private moment for us,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berkongsi mengapa dia memilih untuk melamar Bella di puncak Gunung Kinabalu. 

"“Iron Lady dari Sabah. Saya rasa Gunung Kinabalu la  yang melambangkan keindahan, kecantikan, dan keutuhan Sabah turut dicerminkan dalam sifat Bella," ujarnya. 

Sementara itu, Bella pula mengakui dirinya benar-benar terkejut dengan lamaran tersebut sehingga tidak mampu mengeluarkan kata “yes” pada saat itu.

“Saya speechless. Perasaan bercampur baur… penat, hujan lebat, sejuk. Saya terkejut, sampai ‘yes’ pun tak keluar. Saya memang tak expect langsung. Orang ada cakap tapi saya tak nampak pun tanda-tanda jadi memang tak terfikir. 

“Saya pun nampak tak bersedia… dengan snowcap semua. Bella memang tak tahan sejuk. Tapi it was a very, very meaningful moment. Our forever cherished memory,” kata Bellah. 

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella Astillah selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis penuh sederhana yang dihadiri sahabat baik dan keluarga terdekat. 

Bella yang juga seorang penyanyi tampil anggun dengan menggayakan busana berwarna sage green  rekaan Atelia Amani.

Dalam majlis berkenaan, pihak Bella menerima lima dulang hantaran dan membalas dengan tujuh dulang kepada pihak Syed Saddiq.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Must-Watch Video

Advertisement