Skip to main content

Kpop

Rain Menyesal ‘Marah’ Peminat Tak Menari, Rupanya OKU Pendengaran

rain

Sekilas

  • Penyanyi Rain memohon maaf selepas menunjukkan sikap kurang sopan terhadap seorang peminat OKU pendengaran semasa konsertnya di Taiwan.
  • Insiden berlaku apabila peminat tersebut tidak menari dan hanya merakam aksi Rain, yang disalah faham kerana masalah pendengaran dan kekangan bahasa.
  • Rain mengakui kesilapan dan berjanji untuk lebih peka pada masa depan, sambil menghargai semangat peminat tersebut menikmati persembahan walaupun ada kekangan komunikasi.

Penyanyi Rain melahirkan rasa kesal dan membuat permohonan maaf di atas sikap kurang sopan sewaktu mengadakan konsertnya di Taiwan pada 17 Januari lalu.

Mengikut kronologi, Rain bengang selepas melihat seorang peminat yang hadir tidak menari sewaktu dia membuat persembahan. Peminat wanita itu sebaliknya dilihat lebih ghairah merakamkan aksi Rain di telefon bimbit berbanding menari.

Rain yang sedang melangsungkan konsert di Taipei Arena dalam siri jelajah konsert Still Raining: Encore kemudian bertanya kenapa wanita itu tidak menari dan sibuk merakamkan aksinya sambil meminta agar peminat tersebut lebih menikmati persembahan dengan menari.

Wanita itu bagaimanapun tidak melakukan permintaan Rain yang mahu dia menari sebaliknya menunjukkan telinga kepada penyanyi tersebut.

Dua hari selepas insiden berlaku, terdapat peminat yang berkongsi di media sosial dengan menjelaskan wanita itu merupakan orang kelainan upaya cacat pendengaran.

“Dia bukannya tidak mahu menari tapi dia tidak faham apa yang Rain cuba sampaikan kerana mengalami masalah pendengaran.

“Jadi dia perlu membaca gerak bibir untuk faham namun waktu itu Rain bercakap dalam bahasa Korea. Jadi dia fikir waktu itu, Rain meminta dia menyanyi dengan lebih kuat, bukan menari,” jelas kenyataan itu seperti dilaporkan media Hong Kong.

Mendapat tahu kisah sebenar, Rain dengan pantas memberi respons dalam perkongsian tersebut.

“Pertama sekali saya minta maaf kerana tidak sedar anda tidak boleh mendengar.  Walaupun insiden ini telah berlaku, ia memberi memori indah buat saya. Ia memberi pelajaran dan membuat saya harus lebih peka dengan keadaan sekeliling sewaktu membuat persembahan,” tulisnya.

Rain juga mengatakan meski mereka tidak dapat berdialog dan memahami bahasa antara satu sama lain, dia tetap bahagia kerana melihat betapa peminat OKU nya itu menikmati persembahan dengan ‘mata yang bercahaya’.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must-Watch Video

Advertisement