Skip to main content

Viral

Raja Afiq Nafi Bersara, Kini Kembali Aktif Dalam Dunia Seni - "Harap Semua Tak Keliru"

ASTRO GEMPAK rajaafiq

Sekilas

  • Pelakon Raja Afiq menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah tidak aktif dalam dunia seni seperti yang tular baru-baru ini.
  • Raja Afiq baru sahaja menamatkan penggambaran filem aksi Black Ops: Operasi Serigala dan kini diuruskan oleh pengurusan baharu.
  • Pengurusan baharu akan mengendalikan semua urusan kerjaya Raja Afiq termasuk tawaran lakonan, kerjasama komersial, dan penampilan media.
Advertisement

Pelakon Raja Afiq tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia sudah tidak lagi aktif dalam dunia seni seperti yang tular sejak kebelakangan ini.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak pengurusannya, maklumat tersebut disifatkan sebagai tidak tepat dan tidak menggambarkan perkembangan sebenar kerjaya pelakon berkenaan.

Advertisement

Menurut kenyataan itu, Raja Afiq sebelum ini baru sahaja menamatkan penggambaran filem aksi Black Ops: Operasi Serigala terbitan Skop Productions, sekali gus membuktikan dia masih aktif meneruskan kerjaya lakonan.

"Sebarang kenyataan yang memberi gambaran bahawa Raja Afiq tidak lagi aktif dalam bidang lakonan atau telah meninggalkan industri adalah tidak benar, mengelirukan serta tidak mengambil kira perkembangan terkini kerjayanya," menurut kenyataan tersebut.

Bermula hari ini, segala urusan berkaitan kerjaya seni Raja Afiq akan dikendalikan oleh pihak pengurusan baharu yang akan menyelaras penampilan media, kerjasama komersial serta pembangunan jenama pelakon itu.

Advertisement

Selain meneruskan kerjaya lakonan dalam filem, drama dan telefilem, Raja Afiq juga membuka ruang kepada pelbagai bentuk kerjasama termasuk program televisyen, acara korporat, pelantikan sebagai duta atau wajah kempen, selain kolaborasi pemasaran dan kandungan digital.

Pengurusan baharu itu memaklumkan, fokus utama Raja Afiq ketika ini adalah mengukuhkan semula kedudukannya dalam industri hiburan dengan menyertai pelbagai projek yang berkualiti.

Dalam masa sama, pihak pengurusan turut menggesa semua pihak mendapatkan pengesahan rasmi terlebih dahulu sebelum menyiarkan sebarang berita berkaitan Raja Afiq bagi mengelakkan salah faham dan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Sebarang urusan profesional, temu bual media, tawaran lakonan serta kerjasama komersial selepas ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak pengurusan baharu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement