Skip to main content

Hiburan

Rakan Penghantar Kerja 15 Jam Demi Rezeki Halal, Intan Najuwa Luah Rasa Kagum - “Moga Allah Limpahkan Banyak…”

Intan Najuwa

Sekilas

  • Seorang penghantar makanan berjaya menyiapkan 37 penghantaran dalam masa 15 jam dengan pendapatan RM270.50.
  • Individu tersebut berkongsi momen ini di Threads dan menerima banyak bonus serta tips.
  • Aktres Datin Intan Najuwa memberi pujian dan mendoakan agar rezeki dan kejayaan sentiasa menyertainya.
Advertisement

Seorang rakan penghantar makanan menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya yang berjaya menyelesaikan 37 penghantaran dalam masa bekerja selama 15 jam.

Menerusi ciapan di Threads, individu yang dikenali sebagai @hccdy dilihat memuat naik tangkap layar memaparkan pendapatan yang berjaya diraihnya iaitu sebanyak RM270.50.

Advertisement

“Kerja dalam masa 15 jam, dapat 37 job jadilah.

“Alhamdulillah, banyak juga bonus (tips),” kongsinya.

Perkongsian itu bukan sahaja mendapat perhatian warganet malah turut mendapat respon aktres, Datin Intan Najuwa.

Advertisement

Menerusi ruangan komen, Intan meluahkan raga kagum dengan usaha keras tersebut dan mendoakan agar individu tersebut sentiasa dimewahkan dengan rezeki.

“Seronok tengok anak muda yang rajin berusaha.

“Semoga Allah melimpahkan awak dengan lebih banyak rezeki, dibukakan pintu kejayaan dan memberkati segala usaha awak,” komen Intan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

FENTY x PUMA AVANTI LS Sneakers Unisex in Pale Plum/Alpine Snow, UK 5

FENTY x PUMA AVANTI LS Sneakers Unisex in Pale Plum/Alpine Snow, UK 5

Must Watch Video

Advertisement