Pelakon, Izara Aishah mencuri perhatian warganet selepas memuat naik gambar Miss Universe Israel, Milaenen Shiraz.
Menerusi hantaran di platform Threads, Izara secara berseloroh menyamakan wajah ratu cantik tersebut dengan watak animasi popular, Cinderella iaitu Anastasia.
Dalam hantaran tersebut, perbandingan itu ternyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen termasuk ada yang terhibur dan ada juga yang menganggap hantaran itu sebagai sindiran halus terhadap Zionis.
Dalam pada itu, pelakon filem Pilot Cafe itu akui terhibur apabila hantaran kecilnya itu mengakibatkan masyarakat dan penyokong zionis terkesan.
"Salah satu pencapaian terbesar dalam hidup saya. Saya bangga dengan diri saya kerana dikenali di peringkat antarabangsa hanya melalui satu hantaran kecil.
"Dengan jumlah Zionis yang begitu terkesan dan ‘triggered’. Anastasia sebenarnya lebih cantik, jadi anggap sahaja itu sebagai satu pujian," tulisnya lagi.
Difahamkan ada beberapa netizen daripada Israel cuba mencari gambar 'buruk' Izara namun gagal. 
