Skip to main content

Hiburan

Rakyat Malaysia Restu, K.O.I Juara AJL40

Rakyat Malaysia Restu, K.O.I Juara AJL40

Sekilas

  • Kumpulan K.O.I dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu Ke-40 dengan lagu ‘Tiwikirma’, membawa pulang RM100,000 dan trofi.
  • Aisha Retno dan Ryenald Guntabid masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga dengan lagu ‘Tak Adil’ dan ‘Lumangad Oku Dika’ serta hadiah wang tunai dan trofi.
  • Marsha Milan menang Vokal Terbaik manakala Aina Abdul menang Persembahan Terbaik dan Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee, serta akan mewakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026.
Advertisement

Kumpulan K.O.I mencatat kejayaan sulung apabila dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada Sabtu.

Menerusi lagu ‘Tiwikirma', K.O.I berjaya menambat hati juri dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Advertisement

Sementara itu, tempat kedua menjadi milik Aisha Retno menerusi lagu ‘Tak Adil’, sekali gus melayakkan penyanyi itu membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Manakala, tempat ketiga pula diraih Ryenald Guntabid menerusi lagu ‘Lumangad Oku Dika’ yang membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Marsha Milan turut mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik.

Advertisement

Aina Abdul pula meraih dua pengiktirafan apabila memenangi Persembahan Terbaik dan Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee, sekali gus terpilih mewakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement