Skip to main content

Filem

“Rali Ajar Saya Semangat Tidak Berputus Asa” – Filem TERBANG Beri Motivasi Buat Jack Tan

“Rali Ajar Saya Semangat Tidak Berputus Asa” –  Filem TERBANG Beri Motivasi Buat Jack Tan

Sekilas

  • Pelakon Jack Tan mengakui filem TERBANG banyak memberi motivasi dan membuka ruang untuk belajar lebih mendalam tentang dunia rali.
  • Pengalaman Jack sebagai ‘drifter’ membantu beliau memahami kawalan kenderaan dan turut digunakan untuk membantu rakan pelakon Irfan Zaini semasa penggambaran.
  • Filem TERBANG diinspirasikan daripada legenda rali Karamjit Singh dan kini ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk format 4DX.
Advertisement

Pelakon Jack Tan mengakui filem TERBANG banyak memberikan motivasi kepadanya selain membuka ruang untuk mempelajari lebih mendalam mengenai dunia rali.

Menurut Jack, pengalaman peribadinya sebagai ‘drifter’ banyak membantu ketika menjayakan watak dalam naskhah arahan Chiu Keng Guan itu terutama dari segi memahami kawalan kenderaan.

Advertisement

“Saya dapat banyak motivasi dalam filem ini. Pengalaman saya sebagai ‘drifter’ banyak membantu saya memahami kawalan kereta,” katanya.

Malah, pengalaman tersebut turut digunakan Jack untuk membantu rakan pelakon, Irfan Zaini yang membawakan watak Ajeet ketika menjalani penggambaran.

“Semasa penggambaran, saya banyak bantu pasangan saya, Ajeet. Saya ajarkan dia bagaimana cara memandu dan bila masa terbaik untuk lepaskan ‘clutch’,” ujarnya.

Advertisement

Tambah Jack, penglibatan dalam TERBANG turut memberikan pemahaman baharu mengenai sukan rali yang dianggap mempunyai nilai lebih besar daripada sekadar perlumbaan.

“Rali mengajar saya banyak perkara baru, terutamanya semangat tidak berputus asa,” katanya.

TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh selain mengetengahkan semangat kerjasama, kepercayaan dan perjuangan sesebuah pasukan.

Filem yang turut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon dan Diana Danielle itu kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk dalam format 4DX.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must Watch Video

Advertisement