Skip to main content

Hiburan

Ramai Baru Tahu Idham Maulana Anak Mat Over, Enggan Guna Nama Bapa Untuk Raih Peluang Dalam Industri Seni

Ramai Baru Tahu Idham Maulana Anak Mat Over, Enggan Guna Nama Bapa Untuk Raih Peluang Dalam Industri Seni

Sekilas

  • Idham Maulana, pelakon filem BAGA: Esok Untuk Siapa, mendapat pujian atas mutu lakonannya yang mantap.
  • Idham adalah anak kepada pelakon dan pelawak terkenal Mat Over, namun dia memilih untuk membina kerjaya sendiri tanpa menggunakan nama bapanya sebagai kelebihan.
  • Dia berharap dikenali melalui bakat dan usaha sendiri, serta berkongsi pengalaman bermula dari bawah seperti ujibakat dan kelas lakonan.
Advertisement

Lakonan pelakon, Idham Maulana menerusi filem BAGA: Esok Untuk Siapa telah meraih perhatian ramai yang rata-ratanga memuji mutu lakonan yang dibawakan pelakon tersebut.

Namun, siapa sangka Idham merupakan anak kepada pelakon serta pelawak berpengalaman iaitu Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Idham menjelaskan bahawa dia tidak mahu menjadikan status tersebut sebagai kelebihan untuk mendapatkan tempat dalam industri seni.

Menurut Idham, dia akur dengan pendirian bapanya yang mahu dirinya membina kerjaya atas usaha dan kemampuan sendiri.

“Sejujurnya ya saya mengaku saya anak kepada ayah iaitu Sulaiman Yassin (Mat Over). Ramai yang DM tanya fasal ini maaf bukan tak mahu jawab.

Advertisement

“Saya menghormati keputusan ayah yang tak mahu saya menggunakan nama dia sebagai batu loncatan untuk saya masuk ke dalam industri ini.

“Dia nak saya usaha dan bina nama sendiri dan saya pun setuju dengan keputusan ini kerana kami tidak mahu nepotisme dalam industri ini, biarlah saya usaha naik dan bina jenama sendiri,” kongsinya menerusi satu hantaran di Threads.

Dalam perkongsian sama, Idham turut berharap orang ramai mengenalinya menerusi bakat dan hasil kerja, bukannya latar belakang keluarganya.

“Biarlah orang kenal saya dengan bakat bukan anak kepada artis. Kasihan pada mereka-mereka di luar sana yang masuk bidang ini (hiburan) dengan bertungkus-lumus.

“Pergi uji bakat, pergi main teater, belajar berlakon dan saya pun bermula dari bawah melalui proses yang sama, ujibakat, jadi pelakon tambahan, kena tolak, main teater, pergi kelas lakonan.

“Kita manusia sama sahaja, tak ada apa yang istimewa pun walau kau superstar sekali pun. Dah pergi tengok Baga sementara masih di pawagam,” ujarnya.

Untuk rekod, Idham membawakan watak Pok Chech dalam filem BAGA: Esok Untuk Siapa yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su, Fad Anuar dan Mat Over.

Mengambil lokasi penggambaran di Terengganu, filem tersebut mengisahkan Jani dan Melur, sepasang kekasih muda yang berdepan konflik antara realiti kehidupan dengan impian untuk mengubah nasib mereka.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement