Skip to main content

Hiburan

Ramai Lelaki Cuba Dekati Azeva, A.Aida: “Hantaran RM10 Juta Saya Terima…” 

Ramai Lelaki Cuba Dekati Azeva, A.Aida: “Hantaran RM10 Juta Saya Terima…” 

Sekilas

  • Datuk A.Aida mengakui ramai lelaki cuba mendekati anak perempuannya, Azeva Natasha, selepas namanya semakin dikenali dalam industri hiburan.
  • A.Aida mahu Azeva fokus kepada kerjaya dahulu dan menegaskan bukan masa sesuai untuk bercinta atau berkahwin walaupun ada yang cuba mendekati.
  • Beliau meletakkan syarat tinggi kepada lelaki yang mahu mendekati Azeva, termasuk mampu beri sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sudah diberi olehnya.
Advertisement

Penerbit, Datuk A.Aida mengakui ramai lelaki mula cuba mendekati anak perempuannya, Azeva Natasha, selepas namanya semakin dikenali dalam industri hiburan.

Menurut A.Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, dia mahu anaknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya yang sedang dibina.

Advertisement

“Ramai, boleh dikatakan berbatu-batu, berderet yang nak mencuba Azeva. Tapi seperti yang saya katakan, sekarang ini saya nak dia fokus kepada kerjaya dahulu. 

Bila dah dapat peluang semasa Talk To My Manager, kita sudah all out, berhabis wang ringgit dan gilap nama dia kerana nak menjadi seorang artis ini sangat susah.

“Ada yang cuba sampai 10 tahun untuk menjadi popular, bukan senang. Bila dapat peluang di TTMM untuk mencipta nama dan terus dikenali, saya memang sanggup berhabis duit untuk dia mencipta nama Azeva.

“Tapi bila dah ada nama ini, mulalah ada orang nak cuba mendekati. No way. Bukan masanya. Jadi, kenapa perlu saya sia-siakan semua itu? Tidak mungkinlah tengah mendunia ini, tiba-tiba nak kahwin? Hello! Kalau nak kahwin, hantaran RM10 juta saya terima dan boleh dipertimbangkan,”katanya. 

Dalam pada itu, A.Aida menafikan dirinya terlalu mengongkong Azeva, sebaliknya dia hanya mahu memastikan anaknya mendapat pasangan yang mampu menghargai serta menjaganya dengan baik.

“Bukan kongkong pun, tetapi sejak kecil saya yang menjaganya, mandikan, beri susu sehingga dia membesar dan menjadi secantik ini.

“Saya tidak kisah kalau orang nak kata saya kongkong anak, asalkan memang saya sudah berhabis banyak sebelum ini sepanjang membesarkannya,” katanya.

A.Aida turut meletakkan satu standard buat mana-mana lelaki yang mahu mendekati Azeva, iaitu individu tersebut perlu mampu memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sudah diberikan olehnya.

“Bukan mudah untuk mendekati puteri saya, tetapi sekurang-kurangnya orang itu boleh beri dia lebih daripada apa yang saya beri.

“Sebagai contoh, kalau saya beri dia jam tangan Rolex berwarna merah jambu, orang itu kena beri jam yang lebih mahal daripada itu,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement