Skip to main content

Hiburan

“Ramai Lelaki Zaman Sekarang Dah Jadi Sotong!” - Tareq Fit Tegur Trend Lelaki Lembut & Pakai Mekap

Tareq Fit

Personaliti media sosial, Tareq Fit mencuri perhatian ramai selepas meluahkan pandangannya berhubung perubahan sikap segelintir lelaki zaman kini yang menurutnya semakin jauh daripada fitrah asal.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Tareq secara terbuka menegur golongan lelaki yang berpenampilan dan berkelakuan lembut seperti wanita, serta menganggap trend tersebut semakin membimbangkan.

Advertisement


“Saya nak tanya satu soalan, kenapa ramai lelaki zaman kita kat Malaysia pun ramai menjadi sotong. Whats wrong with you guys?

“Dah jauh dari fitrah lelaki buat perangai perempuan menjadi biasa, pakai make up, berjoget. Bercakap pun lembut-lembut, sotong. Kesian perempuan jadi mangsa,” katanya.

Tambahnya, perubahan tingkah laku itu bukan sahaja menjejaskan imej lelaki, malah boleh memberi kesan terhadap keseimbangan sosial dan institusi kekeluargaan.

Dalam pada itu, Tareq turut menyeru golongan pempengaruh dan golongan agamawan agar tidak berdiam diri, sebaliknya menggunakan pengaruh masing-masing untuk membendung fenomena ini.

“Bila lelaki buat perangai perempuan, jadi gay. Siapa yang akan berkahwin dengan perempuan. Ramai lelaki gay kahwin tapi belakang main dengan lelaki. Banyak kes. Bila perkara ini dianggap normal siapa yang mahu selamatkan generasi baru, perkara ini akan menjadi gangguan kepada Fitrah.

“Kepada semua lelaki yang pakai makeup, anda bukan jantan anda syetan. Ini adalah perangai syetan dan budaya barat yang nak hancurkan umat islam. Tolonglah semua pempengaruh, ustaz yang ada kemampuan untuk bersuara dan naikkan isu ini untuk selamatkan generasi kita,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan kenyataan Tareq, malah menyokong teguran tersebut sebagai satu peringatan buat kaum lelaki agar tidak terikut-ikut dengan budaya luar yang bertentangan dengan nilai agama dan norma tempatan.

“Setuju.. makin membiak2 dieorg ni… semoga Allah menjaga anak keturunan saya.

“Bagus suarakan setuju sangat

“Sebab banyak wanita yang sokong bila lelaki juai produck kecantikkan..boikot ja

“Louder coach! Agree with you. Dunia akhir zaman...nauzubillah..

“Geli tgk lelaki pakai mekap. Tgh mkn pun boleh rasa nk muntah

“Sebab ada yang support coach. Perempuan² ni jugak supporter dorang, kiutlah, sweetlah, normallah,” kata netizen.

Must-Watch Video

Advertisement