Skip to main content

Hiburan

“Ramai Pihak Dekati Saya, Jaclyn Victor & Ning Baizura Untuk…” - Shila Amzah

Shila Amzah

Sekilas

  • Shila Amzah mengesahkan tiada konsert ‘Tiga Suara’ bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura kerana tawaran yang diterima kurang menarik dan faktor masa.
  • Konsert solo Shila Amzah KITA: 25 Tahun Bersama pada 15 Ogos mendapat sambutan hangat, termasuk peminat dari China yang sudah membeli tiket.
  • Konsert tersebut akan menampilkan sekitar 40 lagu dalam tiga bahasa serta lima artis undangan seperti Mimi Fly dan Hael Husaini.
Advertisement

Penyanyi Shila Amzah mengakui ramai pihak yang ingin menganjurkan konsert ‘Tiga Suara’ melibatkan dirinya dan dua lagi rakannya iaitu Jaclyn Victor serta Ning Baizura. 

 

Advertisement

Bagaimanapun, Shila memberitahu  tawaran dan perjanjian yang ditawarkan itu kurang menarik dan tidak berbaloi buat mereka selain masa juga menjadi faktor. 

 

“Tiga Suara kali ini memang tiada. Sebenarnya ramai pihak yang datang mendekati saya, Jaclyn Victor dan Ning Baizura untuk menganjurkan konsert bersama.

 

“Tetapi kebanyakan masanya, tawaran atau perjanjian yang diberikan itu kurang menarik dan tidak berbaloi. Disebabkan itulah kami masih belum mempunyai konsert khas bertiga sehingga hari ini,” jelasnya. 

 

Dalam pada itu, Shila turut meluahkan rasa syukur apabila tiket konsert Shila Amzah KITA: 25 Tahun Bersama yang bakal diadakan pada 15 Ogos depan mendapat sambutan hangat daripada peminat luar negara termasuk dari China.

 

“Ada peminat dari China yang sudah membeli tiket untuk ke Genting. Malah, dalam masa yang sama, tiket untuk siri jelajah saya di China pun baru sahaja dibuka hari ini. Memang keadaan sekarang sangat sibuk, peminat saya pun dah macam 'sotong' nak dapatkan tiket. 

 

"Alhamdulillah, kita bakal melihat peminat berbilang kaum akan berkumpul nanti. Bagi keseluruhan konsert ini, kami akan mempersembahkan sekitar 40 buah lagu. 

 

"Saya jangkakan dalam 17 ke 18 lagu adalah dalam bahasa Mandarin, manakala selebihnya merupakan campuran lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,” ujarnya.

 

Selain Shila, konsert berkenaan turut menampilkan lima artis undangan iaitu Mimi Fly, Hael Husaini, DJ Fuzz, Balan Kashmir dan Kidd Santhe.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement