Skip to main content

Hiburan

Ramai ‘Request’ Jemput Kak Jaslinda Ke Podcast, Ashhrapp Tak Rasa Sesuai - “Humanity Should Come Before Virality”

Ashhrapp

Sekilas

  • Ashhrapp menolak jemputan untuk menjemput Jaslinda Saludin ke podcastnya kerana menghormati ruang dan masa yang diperlukan keluarga selepas Jaslinda ditemui selamat.
  • Ashhrapp menegaskan bahawa situasi Jaslinda tidak patut dijadikan kandungan semata-mata untuk mengejar engagement dalam media sosial.
  • Jaslinda dilaporkan hilang selepas menyertai pendakian di Gunung Batu Putih dan ditemui semula selepas beberapa hari, dengan pasukan SAR terlibat dalam pencarian.
Advertisement

Pempengaruh media sosial dan penyampai radio Era, Ashhrapp memaklumkan bahawa ramai yang memintanya untuk menjemput pendaki wanita bernama Jaslinda Saludin yang ditemui dalam keadaan selamat selepas dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih rancangan podcastnya, Ashhrapp Channel.

Walau bagaimanapun, Ashhrapp merasakan adalah tidak sesuai untuknya berbuat demikian kerana Kak Jaslinda baru sahaja ditemui dan masih memerlukan ruang bersama keluarga.

Advertisement

Tambah Ashhrapp, situasi yang menimpa pendaki itu tidak wajar dijadikan kandungan semata-mata untuk mengejar ‘engagement’.

“Ramai yang minta Ashrapp Channel bawa Kak Jaslinda ke podcast.Tapi bukan semua perkara perlu dijadikan content dalam tempoh 24 jam.

“Kak Jas baru sahaja ditemui semalam. Keluarganya baru nak lepaskan rindu, air mata dan rasa syukur selepas berbelas hari menunggu.

“Acap tak rasa ini masa yang sesuai untuk berebut siapa paling awal dapat interview.

“Sometimes, humanity should come before virality. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Kak Jas dan keluarga,” kongsinya.

Terdahulu, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula pukul 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Antara anggota pasukan SAR yang terlibat mencari Jaslinda yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu. 

Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement