Skip to main content

Selebriti

Ramai Suka Lihat Hubungan Rapat Dengan Keluarga Shuib, Saerah Harap Persahabatan Kekal - “Anak Saya Ni Tak Ramai Kawan…”

Keluarga Saerah Shuib rapat

Sekilas

  • Anak-anak penyanyi Siti Saerah dan pelawak Shuib, Amad dan Thalita, sering mendapat perhatian netizen kerana keakraban mereka yang tulus dan tanpa paksaan.
  • Saerah menjelaskan bahawa Amad tidak mempunyai ramai kawan rapat, dan keluarga Shuib menjadi antara yang paling dekat dengan mereka.
  • Keakraban ini bukan kerana populariti, tetapi kerana persahabatan ikhlas antara dua keluarga, dan mereka berharap hubungan itu kekal lama.

Hubungan rapat antara anak-anak penyanyi, Siti Saerah dan pelawak, Shuib terus menjadi perhatian netizen.

Rata-rata meluahkan rasa seronok melihat keakraban yang terjalin terutamanya antara Amad dan Thalita apabila mereka tampil berduet atau muncul bersama dalam mana-mana rakaman.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Saerah berkata dia bersyukur apabila hubungan itu terbina secara jujur dan tanpa paksaan.

Malah katanya lagi, anak iaitu Amad atau nama sebenarnya Ahmad Dayyan tidak mempunyai ramai rakan yang benar-benar rapat dan keluarga Shuib menjadi antara individu yang paling dekat dengan mereka.

“Bila tengok penerimaan orang yang suka lihat mereka berdua berduet, mana tahu perancangan akan datang, insha-Allah, doakan yang terbaik.

“Anak-anak ini kadang pergaulannya orang kata budak budak yang jenis lurus bercerita, padahal mereka hanya kawan sahaja.

“Amad tak ada kawan rapat yang lain. Jadi sebab itulah nampaknya keakraban mereka itu,” katanya kepada Gempak.

Jelas Saerah lagi, kemesraan yang ditunjukkan bukan kerana populariti atau perhatian, tetapi kerana persahabatan tulus antara dua keluarga ini.

“Kadang kadang peminat suka tengok mereka berdua, tapi saya dengan Shuib pun memang dah selalu pesan.

“Kita, anak-anak, walau apa sekalipun terjadi berkawanlah sampai bila bila, persahabatan itu penting.

“Jodoh semua itu belum lagi, masih muda tapi anak saya ini tak ramai kawan. Keluarga Shuib itu adalah keluarga anak-anak saya, jadi itulah kawan rapat mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Amad dan Thalita sering menjadi perhatian netizen apabila penyanyi remaja itu ada memuat naik foto mereka berdua dalam salah satu hantaran TikToknya.

Disebabkan itu, ramai yang membuat andaian bahawa keakraban mereka lebih daripada seorang sahabat.

Must-Watch Video

Advertisement