Skip to main content

Hiburan

Ramai Tak Sangka, Arwah Azmil Mustapha Rupanya Graduan Indiana University - “Arwah Penyerang Tersohor, Sampai Ke Peringkat…”

Azmil Mustapha

Sekilas

  • Allahyarham Azmil Mustapha merupakan graduan Indiana University, Amerika Syarikat dan pernah menjadi atlet bola sepak terkenal di sana.
  • Arwah Azmil pernah mewakili universiti sebagai penyerang tersohor sehingga ke peringkat final NCAA.
  • Azmil meninggal dunia pada 14 Februari 2018 akibat komplikasi masalah jantung pada usia 65 tahun.
Advertisement

Siapa sangka, di sebalik populariti sebagai pelakon, Allahyarham Azmil Mustapha sebenarnya merupakan graduan di Indiana University, Amerika Syarikat dan pernah mencipta nama sebagai atlet bola sepak ketika di sana.

Perkara itu kembali menjadi perhatian selepas tular satu video lama memaparkan babak arwah Azmil yang sedang berjoging dalam filem popular lakonannya yang berjudul Ali Setan.

Advertisement

“Agak-agak berapa Pace mereka lari ya? Berapa heart rate?

“Relax saja joging sambil sembang-sembang,” kongsi seorang individu.

Hantaran itu kemudiannya mendapat respon adik kepada Azmil iaitu Aziph Mustapha tampil berkongsi fakta yang tidak diketahui ramai mengenai abangnya itu.

Menurut Aziph, arwah Azmil semenangnya merupakan seorang atlet dan pernah menjadi salah seorang penyerang tersohor ketika melanjutkan pengajian di Indiana University di Amerika Syarikat.

Malah, Aziph turut memuat naik gambar keratan akhbar mengenai kehebatan Azmil sebagai seorang atlet sewaktu menjadi penuntut di Amerika Syarikat satu ketika dahulu.

“Allahyarham Haji Azmil memang atlet masa di universiti di USA.

“Mewakili Indiana University sebagai penyerang tersohor, sampai ke peringkat final NCAA.

“Al-Fatihah buat arwah,” tulisnya.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersama kagum dengan arwah Azmil.

Untuk rekod, Allahyarham Azmil Mustapha menghembuskan nafas terakhir pada 14 Februari 2018 akibat komplikasi masalah jantung pada usia 65 tahun.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement