Skip to main content

Filem

“Ramai Tak Tahu Saya Belajar Silat” - Abbey Abimbola Kagum Keindahan Seni Bela Diri Melayu

Abbey

Sekilas

  • Pelakon Abbey Abimbola atau Abang Sado mengakui minat mendalam terhadap seni mempertahankan diri tradisional Melayu, Silat, yang dipelajarinya sejak menetap di Malaysia.
  • Abbey belajar Silat bukan untuk filem, tetapi kerana kagum dengan keunikan dan nilai kesopanan dalam setiap gerakannya, dan sudah lebih dua tahun mendalaminya.
  • Abbey kini membintangi filem aksi The Keris yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 2 Julai ini, bersama barisan pelakon lain yang popular.

Pelakon kelahiran Nigeria, Abbey Abimbola mengakui dirinya amat meminati seni mempertahankan diri warisan Melayu iaitu Silat.

Menurut Abbey atau lebih dikenali sebagai Abang Sado di TikTok, dia mula mendalami pencak silat sebaik sahaja menetap di Malaysia kerana terpikat dengan keunikan gerak langkah seni bela diri tradisonal itu.

“Saya buat kick boxing dan belajar pencak silat, itu yang semua tak tahu. Guru saya adalah sifu Hairi di Klang.

“Bukan belajar untuk filem sebaliknya semasa saya berada di Malaysia saya terus belajar. Sudah lebih dua tahun belajar silat.

“Tetapi selepas itu tak ada orang panggil nak buat filem Silat. Mungkin orang nampak badan begini hanya untuk kick boxing sahaja,” ujarnya.

Abbey berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem The Keris baru-baru ini.

Mengulas mengenai punca atau sebab dia memilih untuk belajar Silat, Abbey berkata dia amat mengagumi keindahan setiap pergerakan yang disifatkannya unik dan penuh dengan nilai kesopanan.

“Saya memang suka silat. Sejak datang ke Malaysia, saya sering melihat orang bermain silat dan terus kagum dengan keindahan setiap lenggok pergerakannya.

“Pada mulanya saya tidak begitu memahami seni itu, tetapi saya benar-benar tertarik dengan cara pergerakan silat. Dari situlah timbul minat untuk mempelajarinya.

“Pergerakan itu kelihatan sangat tersusun cantik seolah-olah seperti cara menghormati orang,” jelasnya.

Terbaharu, Abbey membintangi filem aksi, The Keris arahan pengarah VP dan akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 2 Julai ini.

Selain Abbey, The Keris turut dibintangi oleh Syazlie Syazz, Julia Larica, Firdaus Luthuffi, Zainal Isa, Raja Azrey, Nik Ramly, Datuk Jalaluddin Hassan, Dnesh, dan ramai lag

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement