Sekilas
- Khai dan Rosma, pasangan selebriti Akademi Fantasia musim pertama, berkongsi foto terbaharu mereka di atas pelamin bersama tiga anak mereka.
- Mereka meraikan 17 tahun usia perkahwinan dengan penampilan yang kelihatan seperti pengantin baru, mendapat pujian ramai di media sosial.
- Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 April 2008 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, Nur Amani Damia, dan Nur Alha Dhania.
Pasangan selebriti program Akademi Fantasia musim pertama, iaitu Khai dan Rosma menjadi perhatian netizen selepas berkongsi beberapa foto terbaharu mereka di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram, foton yang dimuat naik itu merakamkan Khai dan Rosma sedang ‘bersanding’ di atas sebuah pelamin selain ditemani tiga cahaya mata mereka yang semakin membesar.
“Duduk berdua di atas pelamin. Kini berlima, 17 tahun usia perkahwinan. Bukan gambar AI ya kawan-kawan.
“Ini sentuhan jurugambar dan mekap yang bijak menggayakan,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat pasangan romantis ini yang kelihatan tidak dimamah usia, malah ramai yang mendoakan agar keluarga bahagia ini berkekalan hingga ke Jannah.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata peminat turut memuji penampilan pasangan suami isteri ini selain kelihatan berseri seperti pengantin biarpun sudah lama mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Khai dan Rosma mendirikan rumah tangga pada 26 April 2008.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, Nur Amani Damia, dan Nur Alha Dhania.