Sekilas
- Kelab peminat Bella Astillah dan YB Syed Saddiq telah mewakafkan sebuah telaga air untuk kegunaan penduduk kampung di Guinea sebagai hadiah perkahwinan mereka.
- Team BASS turut mengucapkan terima kasih kepada pempengaruh Fila Amir dan suaminya, Adama, yang membantu menguruskan pembinaan telaga tersebut.
- Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan pada 10.40 pagi dan kisah mereka boleh ditonton menerusi program Walimatulurus di Astro Ria mulai 6 Oktober 2026.
Kelab peminat pelakon, Bella Astillah dan ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memberikan sebuah hadiah yang amat bermakna buat pasangan romantik itu.
Menerusi perkongsian di platform Threads rasmi Team BASS Official (TBO), kelab peminat itu memaklumkan mereka telah mewakafkan sebuah telaga air untuk kegunaan dan kemudahan penduduk kampung di Guinea, Afrika.
“Salah satu hadiah wedding @syedsaddiq dan @bellaastillah dari TBO adalah wakaf telaga air untuk penduduk kampung di Guinea,” kongsi TBO.
Dalam hantaran yang sama, mereka juga turut mengucapkan terima kasih kepada pempengaruh, Fila Amir dan suaminya, Adama kerana sudi membantu menguruskan hadiah berkenaan.
“Kami mintak tolong @filaamir dan suaminya Adama untuk bantu uruskan pembinaan telaga air ini,” tulisnya.

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa terharu melihat usaha Team BASS melakukan sumbangan tersebut.
Malah ada juga yang memuji Team BASS sangat bermurah hati dan baik sama seperti idola kedua idola kelab peminat itu.
Untuk info, Bella dan Syed Saddiq telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi.
Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 28 Mac 2026.
Kisah pasangan romantis ini boleh disaksikan menerusi Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq bermula 6 Oktober 2026, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104).
Program berkenaan turut boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka.
Sumber: Threads @teambassofficial