Skip to main content

Hiburan

Ramai Yang Mahu 'Mencuba', Aprena Manrose Akui Belum Bersedia Untuk Cinta - "Penat Sebenarnya..."

Aprena Manrose

Pelakon, Aprena Manrose mengakui belum lagi membuka hati untuk menerima insan baharu dalam hatinya selepas bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Afiq Hazman tahun lalu.

Menurut Aprena, dia kini lebih memberi fokus kepada diri sendiri dan mahu merawat luka yang lalu.

“Saya bercinta dari usia 18 tahun dan berkahwin pada usia 23 tahun. Jadi ini adalah masa untuk saya berehat dan sayangi diri sendiri serta lebih fokus pada diri.

“Penat sebenarnya, kalau boleh saya mahu rawat luka dulu,” katanya kepada Gempak.

Tambah Aprena, meskipun ada individu yang cuba mendekatinya, namun dia belum bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius.

“Memang ada sedikit trauma. Rasa macam kena tapis dahulu. Ada yang nak berkawan tetapi terus serius. Mereka ajak kahwin sebab kata umur saya bukan muda lagi.

“Tapi seperti yang saya cakap, beri saya masa dua atau tiga tahun. Saya mahu solo dulu sebab penat sebelum ini fikir pasal pasangan pun tak habis lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aprena juga tidak menyangka ramai yang cuba mendekatinya meskipun sudah bergelar janda.

“Sejujurnya saya tak sangka selepas bercerai masih ada lelaki yang sudi dengan saya. Saya selalu tertanya, ada lagi ke orang yang nak dekat janda? Rupanya telahan saya silap kerana ramai yang cuba mendekati.

“Cuma saya sahaja yang belum bersedia untuk serius,” katanya lagi.

Terdahulu, Aprena mengesahkan rumah tangganya dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman, berakhir dengan perceraian pada Jun lalu.

Keretakan rumah tangga mereka sebelum ini sering menjadi perhatian ramai selepas pasangan tersebut dilihat tidak lagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama.

Malah, kedua-duanya juga didakwa tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Untuk rekod, Aprena dan Afiq mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement