Skip to main content

Selebriti

Rambayung Bakal Buka Tempahan Untuk Berbuka & Moreh, Paling Best Khairul Aming Ada Menu Istimewa - “Kita Kenalkan Yang Tak Ada Dalam Buku”

Khairul Aming Rembayung tempahan moreh

Sekilas

  • Khairul Aming mengumumkan pembukaan tempahan berbuka puasa dan moreh di restoran Rembayung sempena Ramadan tahun ini.
  • Menu eksklusif yang tidak terdapat dalam buku akan diperkenalkan khusus untuk pelanggan yang membuat tempahan sepanjang bulan puasa.

     

Personaliti media sosial terkenal dan juga pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming, memaklumkan bahawa pihaknya bakal membuka tempahan untuk berbuka puasa sempena bulan Ramadan tahun ini.

Menurut Khairul Aming, kali ini sedikit istimewa kerana Rembayung bukan sahaja menawarkan hidangan berbuka puasa, malah tempahan moreh juga turut dibuka.

“Ramadan ini unik sedikit, anda bukan ‘battle’ untuk berbuka puasa sahaja, kita juga akan buka tempahan untuk moreh.

“Dan yang uniknya berbuka puasa di Rembayung nanti, kita akan kenalkan menu yang tidak ada dalam buku,” kongsinya dalam sesi siaran langsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Khairul Aming juga berkata pelanggan yang membuat tempahan ketika bulan puasa akan menjadi lebih istimewa kerana berpeluang menikmati beberapa menu eksklusif yang tiada dalam buku.

“Jadi masa moreh, anda akan boleh cuba menu-menu baru yang kita sudah lakukan R&D yang dah difanalize dan tak ada dalam buku menu.

“Tapi untuk moreh sudah tentu menu itu tidak terlalu berat. Tak adalah nasi, kita tukar benda lain.

“Jadi nanti boleh boleh nak tempah untuk bukak puasa boleh, moreh pun boleh,” ujarnya.

Sebelum ini, Khairul Aming memohon maaf atas gangguan sistem tempahan restoran Rembayung yang mengalami 'crash' akibat trafik tinggi.

Lebih 3,000 pelanggan berjaya membuat tempahan, dan Khairul jamin pengalaman terbaik akan diberikan di restoran sulungnya itu.

Dalam masa 15 minit, 400 tempahan diterima dan akaun Instagram Rembayung capai 100,000 pengikut dalam dua jam selepas dilancarkan.

Must-Watch Video

Advertisement