Skip to main content

Hiburan

Ramli MS Dilantik Profesor Adjung UiTM

Ramli MS Dilantik Profesor Adjung UiTM
Advertisement

Pengalaman puluhan tahun dalam dunia muzik mahu dimanfaatkan Datuk Ramli Mohd Salleh atau Ramli MS untuk memberi pendedahan sebenar mengenai industri kepada mahasiswa Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM), susulan pelantikannya sebagai Profesor Adjung fakulti berkenaan.

Ramli berkata, antara perkara yang mahu diketengahkan menerusi peranan baharunya itu ialah perkongsian ilmu berteraskan pengalaman sebenar industri, yang menurutnya mempunyai perspektif berbeza daripada pembelajaran dalam persekitaran universiti.

“Pada saya, ia mengenai perkongsian ilmu daripada ‘real world’, yang berbeza dengan apa yang mereka pelajari di universiti.

Advertisement

“Saya berada di luar, dalam industri. Jadi saya boleh berkongsi tentang realiti sebenar dan apa yang berlaku dalam industri,” katanya ketika ditemui Astro AWANI selepas majlis pengumuman pelantikannya di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.

Menurut maestro muzik itu, pengalaman bekerja dengan ramai pemuzik, termasuk memberi peluang kepada bakat baharu sejak sekian lama, akan turut dimanfaatkan untuk membantu melahirkan lebih ramai pelapis industri.

Beliau berkata, mahasiswa juga perlu diberikan peluang mencuba dan memainkan karya muzik yang lebih mencabar supaya dapat memperluaskan kemahiran, pengalaman serta kebijaksanaan mereka sebagai pemuzik dan penggubah.

Advertisement

Ramli turut melihat pelantikan berkenaan sebagai ruang untuk membuka laluan kepada mahasiswa ke dunia profesional, termasuk menerusi bimbingan dan cadangan peluang yang bersesuaian berdasarkan kemampuan mereka.

Pada masa sama, beliau percaya seseorang pemuzik bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran muzik, malah perlu memahami nilai komersial serta penjenamaan diri apabila memasuki industri.

“Tak terlewat untuk saya berkongsi. Saya memang banyak berkongsi dengan budak-budak baharu kerana mereka ini pelapis,” katanya.

Pelantikan Ramli sebagai Profesor Adjung Fakulti Muzik UiTM selama dua tahun berkuat kuasa 15 Ogos lalu.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, pelantikan maestro yang disegani itu merupakan sebahagian daripada usaha universiti merapatkan jurang antara pendidikan muzik dengan realiti industri kreatif.

Menurut beliau, khidmat Ramli menerusi pelantikan itu seiring dengan usaha UiTM menyediakan mahasiswa dengan pendedahan profesional serta pemahaman terhadap tuntutan industri dan perkembangan semasa bidang muzik.

“Pelantikan Datuk Ramli MS membawa nilai tambah besar kepada Fakulti Muzik UiTM berdasarkan pengalaman luas dan kedudukan beliau sebagai antara tokoh yang disegani dalam bidang muzik serta produksi tanah air,” katanya.

Shahrin berkata, penglibatan tokoh industri secara langsung dalam ekosistem akademik penting bagi memberikan mahasiswa perspektif yang tidak hanya bergantung kepada teori, sebaliknya turut dibentuk melalui pengalaman serta realiti sebenar industri.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Dekan Fakulti Muzik UiTM, Profesor Tazul Izan Tajuddin serta barisan pengurusan Fakulti Muzik UiTM.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement