Skip to main content

Hiburan

Ramona Zam Zam Nak Tolong Fatiya Latiff Jadi Cantik Semula - “Come Workout With Me”

Ramona Zam Zam

Sekilas

  • Ramona Zam Zam mengajak rakan pelakon Fatiya Latiff untuk bersenam bersama bagi menaikkan semula semangat dan keyakinan Fatiya terhadap penampilan diri.
  • Komen Ramona yang menyatakan niatnya untuk buat Fatiya cantik semula mendapat pujian ramai netizen yang terharu dengan sokongan itu.
  • Sebelum ini, Fatiya pernah berkongsi rasa kurang yakin dengan penampilan dirinya yang dirasakan kurang kemas dan menarik.

Pelakon, Ramona Zam Zam menyorot perhatian apabila mempelawa rakan pelakon, Fatiya Latiff untuk bersenam dengannya.

Menurut Ramona, dia mahu membantu menaikkan semula semangat Fatiya yang seakan hilang keyakinan terhadap penampilan dirinya.

“Tiya (panggilan Fatiya), jom workout dengan saya. Saya buat bagi awak cantik semula,” komen Ramona.

Komen yang ditinggalkan pemilik nama Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini meraih pujian ramai yang begitu terharu melihat semangat setia kawannya.

“Baiknya Ramona.

“Nak ikut juga,” komen netizen.

Terdahulu, Fatiya meraih perhatian apabila merasakan penampilan dirinya kurang kemas dan sudah tidak menarik.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement