Sekilas
- Syada Amzah meminta pandangan orang ramai untuk mendapatkan tiket murah ke China pada Januari depan.
- Dia tidak kisah lokasi asalkan dapat mengembara dan meneroka negara Tembok Besar itu.
- Kakaknya, Shila Amzah, menasihatkan supaya tidak melakukan solo trip ke China atas faktor keselamatan.
Penyanyi, Syada Amzah menyorot perhatian ramai apabila meminta pandangan orang ramai mengenai tiket murah untuk dirinya ‘terbang’ ke China Januarj depan.
Menerusi Threads, Syada atau nama sebenarnya Nur Syuhada Amir Amzah memaklumkan dia tidak kisah untuk pergi ke mana-mana lokasi asalkan dapat mengembara ke negara tembok besar itu
“Siapa tahu dekat mana saya boleh dapat tiket murah ke China pada Januari?
“Tak kisah lokasi dimana mana. Saya cuma nak meneroka dan mengembara,” ujarnya.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perharian ramai termasuklah kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah.
“Jangan nak solo trip ke China, Syada,” kata Shila.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan sependapat dengan Shila yang risau akan keselamatan Syada jika dia melakukan ‘solo trip’ ke sana.
Sumber: Threads Syada Amzah