Skip to main content

Hiburan

Rasa Bertuah Disayangi Lelaki Sangat Baik, Fatin Afeefa Kongsi Keperibadian Arwah Bapa - “Baba Bukan Ayah Yang…”

Fatin Afeefa

Sekilas

  • Fatin Afeefa berkongsi rasa rindu dan penghargaan terhadap arwah bapanya, Shamsudin, yang dianggap sebagai lelaki paling baik dalam hidupnya.
  • Dia mengenang sifat bapanya yang lembut, sabar, dan penuh kasih sayang tanpa pernah meninggikan tangan.
  • Fatin turut mendoakan agar arwah bapanya diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Pelakon, Fatin Afeefa menyorot perhatian apabila berkongsi rasa rindu terhadap arwah bapanya yang dikenali sebagai Shamsudin.

Menerusi Instagram (IG) pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin mengenang jasa bapanya yang disifatkan sebagai lelaki paling baik yang pernah hadir dalam hidupnya.

Menurut Fatin, semakin meningkat usia, semakin dia menyedari betapa bertuahnya dirinya kerana mempunyai seoranng bapa yang berkeperibadian mulia.

“Semakin saya meningkat dewasa, semakin saya sedar betapa bertuahnya saya memiliki seorang bapa seperti beliau. Seorang yang lembut, sabar dan baik hati.

“Baba juga bukanlah seorang ayah yang suka meninggikan tangan. Beliau hanya akan mengusap kepala saya, tersenyum dan berkata, ‘takpe’.

“Saya disayangi oleh seorang lelaki yang baik. Seorang lelaki yang sangat baik.

“Saya akan menghabiskan sisa hidup saya dengan rasa syukur kerana Allah memilih awak untuk menjadi ayah saya,” kongsinya.

Menerusi hantaran sama, Fatin turut menitipkan doa agar Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah dan menempatkannya dalam kalangan orang yang beriman.

“Ya Allah, dengan segala rahmat-Mu, ampunkanlah segala kekurangan dan kesilapannya. Ganjarilah segala kebaikan yang telah dibawanya dalam kehidupan orang lain.

“Terangilah kuburnya dengan cahaya, ketenangan dan keselesaan serta tempatkanlah dia dalam kalangan insan yang Engkau cintai.

“Baba menghabiskan hidupnya dengan berbuat baik kepada kami. Maka, berbuat baiklah kepadanya. Amin,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Fatin berkongsi berita duka mengenai bapanya yang menghembuskan nafas terakhir dunia pada jam 3.48 pagi Sabtu.

Kongsi pelakon filem Tentang Bulan itu, dia dan adik perempuannya berada di sisi arwah ketika menghembuskan nafas terakhir.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement