Skip to main content

Hiburan

“Rasa Itu Sampai…” - Netizen Kagum Tengok Erysha Emyra ‘Marah’ Hisham Hamid

Astrogempak ERYSHA EMYRA

Sekilas

  • Pelakon Erysha Emyra mendapat pujian netizen selepas lakonannya yang penuh emosi dalam drama Ikatan Terlarang berjaya menyentuh hati penonton.
  • Babak pertelingkahan bersama Hisham Hamid menjadi tular di media sosial kerana lakonan mereka yang realistik dan berkesan.
  • Rata-rata netizen kagum dengan peningkatan mutu lakonan Erysha yang semakin matang dan mampu menghidupkan watak dengan baik.
Advertisement

Pelakon, Erysha Emyra menerima pujian daripada netizen selepas mempamerkan lakonan penuh emosi dalam drama Ikatan Terlarang menerusi babak pertelingkahannya bersama aktor, Hisham Hamid.

Babak tersebut menjadi bualan ramai di media sosial apabila berjaya menyentuh perasaan penonton yang menyifatkan lakonan kedua-dua pelakon itu cukup berkesan dan realistik.

“Siapa tengok scene ini tadi memang meremang ya, sedih pun ya. Memang sampai kat hati isteri macam aku ni,” tulis seorang individu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum terhadap peningkatan mutu lakonan Erysha yang dilihat semakin matang dan mampu menghidupkan watak dengan baik.

Malah, ada yang mengakui tidak menyangka pelakon tersebut mampu memberikan persembahan sekuat itu dalam adegan yang sarat dengan emosi.

Advertisement

“Wow sangat menjiwai, tak tahu pula dia ni makin improve lakonan dia. Okay rasa macam nak tengok pulak cita ni.

“Erysha ni berlakon tak cringe. Tak minat tengok cerita Melayu tapi kalau ada dia boleh la jugak nak tengok.

“Weh i can feel that feeling.

“Yeay Erysha makin best la berlakon.

“Erysha Emyra power gila scene ni. Rasa tu sampai.

“Suka dia cita rumah tanpa luka. Lakonan dia makin best,” tulis netizen.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement