Ringkasan AI
- Syasya Rizal kecewa kerana masih belum menerima barang yang sudah dibayar sejak mengandung anak pertama.
- Dia menunggu lebih setahun walaupun dijanjikan barang itu akan diterima dalam tempoh dua bulan.
- Syasya tidak mendedahkan butiran barang tersebut tetapi menganggap bayaran yang dibuat bukan murah.
- Bekas ahli kumpulan Dolla itu mempertimbangkan untuk menggunakan kuasa viral bagi mendapatkan haknya.
- Syasya turut terkilan dengan sikap pihak berkenaan yang seolah-olah tidak mengendahkan masalahnya walaupun sering berjumpa di acara.
Penyanyi Syasya Rizal meluahkan rasa terkilan apabila masih belum menerima sesuatu barang atau benda yang sudah dibayar sejak hamil anak pertama lagi.
Tidak mendedahkan terperinci benda yang dibayar itu, Syasya bagaimana terkecewa dengan pihak tersebut yang menjanjikan akan memberi dalam tempoh dua bulan.
“Saya tak pernah ada niat nak tutup pintu rezeki orang… kalau boleh sabar dan faham orang lain punya struggle saya akan cuba yang terbaik.
“Tapi dari saya mengandung anak pertama, sampai sekarang mengandung anak kedua dan dah nak bersalin pun bayangkan, masih tak ada update.
“Korang rasa macam mana? Bumil ni tak cukup sabar dan memahami lagi ke? Setahun lebih tunggu benda yang dijanjikan dua bulan saja.
“Siapa pun boleh penat. Kalau sponsor lain cerita la ek, ini saya bayar bukan murah juga bila ingatkan balik,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, bekas ahli kumpulan Dolla ini juga tidak teragak-agak untuk menggunakan ‘kuasa’ viral untuk mendapatkan haknya.
“Kalau masih tak ada update dari pihak berkenaan, saya terpaksa guna kuasa viral la agaknya eh? Bukan sebab nak jatuhkan sesiapa tapi sebab saya dah terlalu lama dilayan acuh tak acuh.
“Rasa macam mengemis sesuatu yang saya dah bayar pula. Harap sangat dapat penyelesaian segera,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Syasya yang sedang hamil anak kedua ini juga terkilan dengan sikap pihak tersebut yang seakan-akan tidak ada apa-apa berlaku.
“Yang paling sedihnya… bila tengok pihak berkenaan post job lain, ambil job baru, macam tak ada apa yang berlaku. Online tengok je story saya semua.
“Tapi bila saya call tak angkat. Message tak reply. Jumpa dekat event senyum macam tak pernah janji apa-apa. Korang rasa macam mana?
“Bayangkan setahun lebih tunggu, tapi layanan macam ni… siapa tak sedih ya, lagi-lagi sis is preggy, emo aku tau,” ujarnya.