Skip to main content

Berita Tempatan

"Rasa Macam Mimpi" - Ucop 'Spechless' Dapat Berlakon Dengan Wan Maimunah

"Rasa Macam Mimpi" - Ucop 'Spechless' Dapat Berlakon Dengan Wan Maimunah

Sekilas

  • Pelakon Ucop berpeluang bergandingan dengan seniwati Wan Maimunah buat pertama kali dalam video khas Generasi Anak Felda yang mengangkat kisah anak Felda mengejar cita-cita dan kembali berbakti kepada komuniti.
  • Ucop mengagumi Wan Maimunah sebagai pelakon legenda yang banyak memberi inspirasi sejak kecil dan menggambarkan pengalaman bekerja bersama sebagai sangat bermakna dan penuh pembelajaran.
  • Ucop melihat kejayaannya hari ini hasil kesabaran, konsistensi, dan keberanian bereksperimen dalam pelbagai bidang seni tanpa mengehadkan diri kepada satu bidang sahaja.
Advertisement

Peluang bergandingan dengan Seniwati Wan Maimunah menerusi video khas Generasi Anak Felda menjadi detik paling bermakna buat pelakon versatil, Ucop, apabila impian yang disimpan sejak kecil akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Ucop, ini merupakan kali pertama dia berpeluang berkongsi set dengan pelakon legenda itu yang disifatkannya sebagai seorang seniwati tiada tolok banding.

Advertisement

“Ini kali pertama saya dapat bekerja dengan beliau. Wan Maimunah seorang seniwati yang memang tiada tolok bandingnya.

“Bekerja dengan dia rasa macam betul-betul ada seorang ibu di set. Dia tahu macam mana nak regulate emosi kita mengikut babak. Sangat pemurah bila berlakon dan banyak memberi. Memang seronok bekerja dengan dia,” katanya.

Lebih mengujakan, Ucop mengakui Wan Maimunah sememangnya antara pelakon yang diimpikan untuk bergandingan sejak sekian lama kerana membesar dengan karya-karya lakonan seniwati itu.

“Saya membesar menonton lakonan beliau, terutamanya drama-drama TV3 awal tahun 2000-an bersama Haliza Misbun. Saya masih ingat, dia antara pelakon yang betul-betul boleh buat saya menangis sebagai penonton.

“Bila dah besar dan akhirnya dapat berlakon dengan dia, memang rasa macam mimpi. Saya sangat bersyukur tengok macam mana dunia ini kadang-kadang membawa kita kepada impian yang pernah kita angankan. Alhamdulillah,” ujarnya.

Ucop dan Wan Maimunah bergandingan menerusi video khas Generasi Anak Felda berdurasi 19 minit yang dimuat naik oleh Exco Hal Ehwal Felda Pahang,  Datuk Amizar Abu Adam dengan kerjasama Media Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang.

Naskhah itu mengangkat kisah seorang anak Felda yang berhijrah ke bandar demi mengejar cita-cita sebelum mengambil keputusan pulang ke tanah rancangan bagi berbakti kepada ibu bapa serta membangunkan komuniti tempat asalnya.

Dalam perkembangan lain, Ucop melihat perjalanan kariernya hari ini sebagai hasil kesabaran dan konsistensi selepas lebih sedekad membina nama dalam pelbagai cabang seni.

“Sejujurnya, apa yang saya buat 10 tahun lalu sebenarnya adalah perkara yang saya memang nak jadi hari ini. Semuanya bermula tanpa niat lain selain mahu menjadi seorang performer.

“Bila saya tengok balik diri saya sekarang, semua ini adalah hasil daripada kesabaran, konsistensi untuk jadi diri sendiri, berani bereksperimen dengan content, artistic direction dan semua benda yang saya belajar dengan cara yang agak sukar.

“Saya sentiasa percaya saya mampu buat sesuatu yang lebih besar walaupun pernah rasa dipinggirkan, rasa tak sama macam orang lain, tak berada dalam senarai dan bukan pilihan utama,” katanya.

Tambahnya, dia tidak pernah percaya seseorang perlu mengehadkan diri kepada satu bidang semata-mata untuk berjaya.

“Dulu orang selalu cakap kalau nak berjaya kena pilih satu benda dan duduk dalam kotak itu. Tapi saya tak percaya macam itu.

“Saya rasa kita semua mampu buat banyak perkara. Sebab itu saya buat macam-macam daripada menari, teater, content creation dan berlakon. Bila tengok balik, semuanya macam puzzle yang akhirnya bercantum.

“Saya sangat bersyukur bila ada orang nampak kemampuan kita dan percaya untuk menggunakan servis kita. Itu sendiri satu penghormatan buat saya," ujarnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

MSIA Ready Stock/ Clown Curly Wig Hair Cosplay Golden Full Wig Hair Halloween Explosive Wig Fashion Rambut Palsu Meletup

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Must Watch Video

Advertisement