Skip to main content

Hiburan

Raudhah Merajuk, Aliff Syukri Pujuk Dengan ‘Handbag’ Mewah - “Semoga Anak Abah Jaga…”

Raudhah

Sekilas

  • Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi momen anak perempuannya, Raudhah Arsyiyah, yang merajuk kerana rasa kurang diberi hadiah berbanding kakaknya, Qadejah El Zahra.
  • Aliff membawa Raudhah ke butik berjenama untuk memujuknya dengan membelikan beg tangan sebagai hadiah.
  • Netizen terhibur dengan telatah Raudhah dan memuji cara Aliff memujuk anaknya itu melalui perkongsian di Instagram.
Advertisement

Perkongsian terbaharu usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengundang perhatian dan tawa warganet.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aliff berkongsi momen anak perempuannya, Raudhah Arsyiyah yang merajuk sambil menangis di dalam kereta.

Advertisement

Kongsi Aliff, Raudhah merajuk kerana merasakan kakaknya, Qadejah El Zahra sering menerima hadiah jika hendak dibandingkan dengannya.

“Raudhah merajuk sebab abah (Aliff Syukri) tak belikan beg untuk dia, asyik Cess (Qadejah) je dapat,” kongsi Aliff.

Aliff kemudiannya dilihat membawa Raudhah bersama ahli keluarga yang lain pergi ke sebuah butik berjenama bagi memujuk anaknya itu dengan membelikannya sebuah beg tangan.

Bapa kepada enam orang anak itu dilihat turut berseloroh menyifatkan anak perempuannya itu sudah pandai berbelanja besar meskipun usianya belum mencecah tujuh tahun.

“Budak sekarang pelik, tak sampai tujuh tahun dah pandai pau abah.  

”Semoga anak abah jaga baik-baik beg ini,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat telatah Raudhah sambil memuji cara Aliff memujuk anaknya itu.

“Semoga Datuk dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan. 

”Hari itu Raudhah tolong abang meniaga, ni kira reward untuk Raudhah.

“Anak punya pasal, cair terus bapanya,” komen netizen.  

Sumber: Instagram Aliff Syukri

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement