Skip to main content

Hollywood

Rayakan Babak Akhir 3 Dekad, MEW “The Farewell Shows” - Malaysia 2025, Tunggu Anda 12 Nov Ini

mew

Ringkasan AI

  • MEW, grup legenda dari Denmark, akan mengadakan konsert selamat tinggal di Zepp Kuala Lumpur pada 12 November 2025.
  • Konsert ini adalah sebahagian daripada jelajah perpisahan mereka selepas vokalis Jonas Bjerre memutuskan untuk meninggalkan grup.
  • MEW telah berkarya selama 30 tahun dengan lagu-lagu ikonik seperti 156 dan Snow Brigade.
  • Konsert ini dijangka penuh dengan elemen visual magis yang menghubungkan MEW dan peminat secara peribadi.
  • Tiket dijual dalam beberapa kategori dengan harga bermula dari RM218 hingga RM1200 dan boleh dibeli melalui Cloudjoi.com.

Bagaimana rasanya mengucap kata selamat tinggal buat grup yang pernah menghidupkan jiwa anda lewat karya-karya hebat mereka selama 30 tahun ini?

Apakah yang akan anda perolehi menerusi konsert yang dilabel sebagai terakhir atau konsert selamat tinggal? Tangisan sedih atau kegembiraan?

Semuanya bakal terjawab di Zepp Kuala Lumpur pada 12 November ini apabila MEW, grup tersohor asal Denmark singgah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada peminat di Malaysia lewat MEW “The Farewell Shows” - Malaysia 2025.

Konsert jelajah perpisahan yang diumumkan September tahun lalu dengan antaranya memilih kota-kota besar di dunia seperti Tokyo, Jepun dan Bangkok, Thailand serta Kuala Lumpur, Malaysia di Asia diputuskan selepas sang vokalis, Jonas Bjerre mahu meninggalkan MEW.

Tiga dekad atau 30 tahun bersama MEW, memenangi pelbagai pengiktirafan, menghasilkan karya ikonik seperti 156 dan Snow Brigade, Bjerre mahu mengerjakan projek lain.

Maka MEW “The Farewell Shows” - Malaysia 2025 yang dibawakan oleh Soundscape Records & Productions Awak dijangka dipenuhi atmosfera luar biasa dengan penuh magis.

Dan buat semua frengers! Inilah PELUANG TERAKHIR anda untuk menyaksikan secara langsung grup legenda yang turut digawangi Johan Wohlert(bass) dan Silas Jørgensen (dram) ini kerana bakal ‘disihir’ dengan elemen visual yang sering terasa seperti satu perjalanan peribadi yang dikongsi antara Mew dan peminat.

Ia juga akan menjadi sebuah perayaan ulang tahun ke-30 MEW yang penuh emosi kerana pada masa sama perlu meraikan bab terakhir mereka.

Untuk menjadi salah seorang saksi nyata pernah menonton MEW secara langsung dan merasai muzik mereka, jangan terlepas memiliki tiket pada harga RM228 – Kategori 1 (Berdiri), RM248 – Kategori 2 (Tempat Duduk Premium), RM218 – Kategori 3 (Tempat Duduk Biasa) dan RM1200 – Kotak VIP (Untuk Maksimum 4 Orang) menerusi 
Cloudjoi.com.

Must-Watch Video

Advertisement